Semua orang pernah melalui hidup SINGLE.I meant single without a special relationship with someone.
Single membuatkan kita rasa sunyi.Sejauh mana kebenarannya???Bila single,kita sangat sibuk menghargai nikmat sebenar cinta.Namun bila memiliki cinta, untuk menghargainya,sukar untuk kita lakukan.
Single membuatkan hari-hari yang kita lalui terasa sepi dan sunyi tanpa dihiasi dengan detik-detik manis dan indah dalam percintaan.Telefon bimbit,tidak lagi berbunyi,bila keluar ke mana-mana,melihat pasangan lain,timbul rasa iri hati,melalui hari-hari istimewa dalam hidup tanpa yang tersayang.Birthday pun tiada yg istimewa melainkan daripada keluarga dan rakan-rakan.Nak online pun rasa tak bersemangat sekadar chatting dengan kawan-kawan biasa...Ternyata hidup single membuatkan hidup kita terasa sunyi.
Walau macamana sosial pun seseorang, pasti memerlukan seseorang untuk mengisi kekosongan jiwanya...Sudah menjadi hukum alam,manusia mempunyai emosi yang ingin dicintai dan mencintai.Hidup terasa lebih bermakna dengan adanya cinta.
Namun,mungkin tidak semua orang mempunyai rasa lemah dan sunyi ketika single.Ada juga individu yang mampu dan mempunyai kekuatan untuk hidup benar-benar single seolah-olah tidak memerlukan teman hidup.Bertemankan aktiviti-aktiviti seperti menyertai persatuan atau kelab-kelab tertentu membuatkan seseorang lupa soal perasaan.Mungkin juga kerana dibayangi masa lalu,menjadikan seseorang serik dan lebih berhati-hati mengenai soal perasaan.
Diri aku? Entahlah..Aku sendiri tidak pasti..Terus menanti kedatangan cinta sejati yang kekal abadi...
No comments:
Post a Comment