Tuesday, June 9, 2009

Rindu...


Memang kadangkala rindu akan wujud dalam hati kita.
Rindu kepada seseorang yang sedang menjadi milik kita,rindu kepada seseorang pada masa lalu, atau rindu kepada seseorang yang bukan milik kita...

Rindu sebenarnya adalah anugerah daripada tuhan. Seandainya masih ada rasa rindu terhadap seseorang, selama itulah perasaan sayang masih untuknya.Percaya atau tidak?
Cuba anda fikir, bagaimanakah anda menyedari yang anda masih memerlukan pasangan anda?Mudah sahaja, kerana rasa rindu yang masih wujud seandainya anda dan si dia berjauhan...Pada waktu itu,anda akan terkenangkan sifat-sifat lucunya ...sifat garangnya...sifat romantisnya...betul???

Kadangkala rindu ini menyeronokkan...Buat kita benar2 merasai nikmat cinta.Namun kadangkala rindu menyakitkan jika kita tidak menemui penawarnya...Orang yang baru bercinta atau berkenalan,sememangnya kerap rasa rindu..Semuanya kerana benda baru yang dilalui..Cuba kalau dah bertahun-tahun,rindu itu tidaklah sekerap orang yang baru bercinta...Namun masih ada rasa rindu.

Renung-renungkan nilai secebis rindu itu...Biarpun abadi dalam ingatan,namun rindu tetap bernilai kerana rindu hanya untuk insan - insan tertentu.Bukan dipaksa,bukan dicipta..

No comments:

Post a Comment