Wednesday, June 10, 2009

menjaga Hati...

Menjaga hati seseorang bukan mudah.Lebih-lebih lagi dalam percintaan.Selalu sangat menjaga hati si dia, sehinggakan hati kita kadangkala terabai.Apa kes ni??

Cinta kan perlu saling menjaga hati..Bukan kita sahaja yang perlu menjaga hati si dia.Bila hati tak dijaga dengan baik maka akan timbul selisih faham atau terasa hati..Ini dah masuk bab remeh dalam percintaan.

Benda yang paling malas orang nak layan dalam konteks cinta ni...Dalam hubungan yang sudah mesra pula permasalahan menjaga hati dikaitkan dengan menjaga hati si dia dan juga ibu bapa anda.

Kadangkala masalah ini berlaku ....Betul tak? Ada situasi yang kita terpaksa menjaga hati ibu bapa dan melukakan hati si dia.Ada juga situasi kita menjaga hati si dia dan melukakan hati ibu bapa.

Bukan mudah menjaga hati dan memuaskan hati semua orang.Ibu bapa paling benci jika anak mereka dipermaikan dalam soal cinta ni.Dek kerana terlalu menyayangi si dia, kadangkala kita tergamak mengguris hati ibu bapa.Susah untuk menghadapinya.Memang susah.

Hakikatnya kita perlu menjaga hati semua orang seandainya bertindak sebagai si pencinta yang setia.

Kepada pembaca:
*Menjaga hati yang tersayang sebaiknya,biarpun hati terguris,satu masa nanti dia akan menyedari siapa anda sebenarnya.Tak rugi menjadi orang yang bersabar.(Sabar pada tempatnya)



Break Your Heart
Comments from pYzam.com


No comments:

Post a Comment