Monday, June 8, 2009

MELUAHKAN atau MERAHSIAKAN?

Kirana selalu keliru untuk meluahkan sesuatu kepada seseorang.Jika perasaan diluahkan,rasa malu akan timbul seandainya perasaan suka ,atau sayang itu tidak berbalas.
Namun,jika perasaan dirahsiakan,hati sendiri rasa tidak keruan. Sejauh mana kita mampu menyimpan perasaan suka atau sayang atau cinta terhadap seseorang.Mungkinkah selama sepuluh tahun..Menjadi rahsia terlalu lama,tidak kesalkah anda dengan tindakan itu..?
Orang tersayang berlalu begitu sahaja??Sakit rasanya membiarkan orang yang disayangi pergi begitu sahaja...Namun apakan daya..Kadangkala kita hanya berserah kepada ketentuan takdir..Biar masa yang menentukan.
Andai ada jodoh,pasti disatukan akhirnya.
Mengharap kepada sesuatu yang tak pasti juga menyakitkan....

Kepada pembaca:
*Ada baiknya meluahkan perasaan supaya tidak dikesalkan tindakan kemudian

No comments:

Post a Comment