Monday, June 8, 2009

cinta lagi...

Dah lama sebenarnya tak jatuh cinta...Kenapa dan mengapa kirana sendiri tidak pasti.Jatuh cinta berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun telah memiliki teman istimewa atau kepada mereka yang benar-benar kesunyian...

Susah nak jatuh cinta sebab kirana seorang yang sangat cerewet, teliti dan 'high expectation'.Bagaimana pula dengan anda??Mungkinkah terlihat seorang jejaka tampan terus menerus terpaut hati atau melihat si gadis rupawan terus hati kata cinta??

Apabila jatuh cinta perkara utama yang berlaku kepada kirana ialah TERUJA.Kemudian ANGAU..Namun,emosi ini hanya bersifat sementara serta bergantung kepada tindak balas lelaki tersebut.Masa jatuh cinta, mulalah mencari lagu-lagu yang sesuai untuk diperdengarkan setiap masa.

Lagu-lagu seperti love story,lelaki idaman,generasiku,atau apa sahaja genre lagu yang mempunyai lirik cinta sangat sinonim dengan mereka yang sedang jatuh cinta..Elemen yang utama dalam kata cinta sebenarnya bukanlah fizikal dan rupa paras,namun keikhlasan dan kesungguhan hati yang mengejar cinta serta ketajaman akal seseorang menjadi daya penarik cinta yang sebenar.(Ternyata aku memang cerewet)

Hadirnya negatif sebelum positif adalah lebih baik berbanding sebaliknya kerana itulah pengajaran yang sebenar, supaya kita tidak terkejut melihat kekurangan seseorang di sebalik kelebihannya...

Untuk pembaca:

*Lebih baik MENERIMA kekurangan pasangan daripada MENCARI kesempurnaan pasangan anda.

No comments:

Post a Comment