Sunday, June 21, 2009

cinta kepada bapa....


Bapa merupakan guru terbaik sepanjang hidup kita tanpa disedari.Tanpanya siapalah kita.Bapa banyak memainkan peranan penting dalam mencorakkan hidup anak-anaknya.

Kirana amat mengkagumi bapa yang kirana panggil 'papa'.Papa seorang yang baik hatinya.Pernah sewaktu Kirana kecil,papa berpesan, "berdoalah kepada tuhan ,Ampunilah dosa-dosa mereka yang mengkhianati(membenci) aku"....Tidak pernah kirana menyangka papa semulia itu.Mengajar aku meminta keampunan untuk orang -orang yang mengkhianatiku (musuh-musuh).Itu sekitar kirana dibangku sekolah rendah.

Apabila kirana meningkat dewasa,kirana lihat papa di satu sudut merupakan seorang papa yang sangat memahami perasaan anaknya.Daripada soal pelajaran hinggalah kepada soal peribadi,kirana mampu berkongsi dengan papa.

Sebenarnya,papa dan kirana memiliki persamaan.Antaranya ialah pendapat.Dalam perkara tertentu seperti menilai individu,kirana dan papa selalunya sependapat..Kami gemar memberi idea dan idea yang dikemukakan punya persamaan.Kirana juga memiliki persamaan dengan papa dari segi pemakanan..Selain itu,kirana dan papa mempunyi minat yang sama, iaitu seni.Kami gemar menyanyi,melukis,menari,menulis atau apa sahaja yang berkait rapat dengan kesenian.

Papa dahulunya seorang yang garang dan tegas.Namun sehingga kini sifat papa yang kekal ialah papa gemar berjenaka dengan kirana dan keluarga.Kebahagiaan keluarga adalah keutamaan kepada papa.Melihat kami gembira merupakan impiannya.Papa banyak mengajar kirana nilai-nilai murni sebagai seorang insan sehingga kini kirana berusia 21 tahun.

Ku doakan semoga papa akan terus hidup bahagia bersama kami sekeluarga di dunia dan di akhirat...SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA..........

Buat pembaca:

Hargai bapa yang masih bernyawa..=)

No comments:

Post a Comment