Tuesday, June 2, 2009

masa lalu...

Bayangkan jika kekasih lama kembali dalam hidup anda...
Terlalu sukar untuk digambarkan lebih-lebih lagi jika dia cinta pertama kita..
Huh...biarpun ia satu yang agak mustahil,namun kebarangkaliannya untuk berlaku tetap tinggi.Cinta pertama adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan.Kirana tahu,tentunya setiap daripada anda mempunyai kenangan cinta pertama.
Samaada masih bersama atau sudah berpisah atau masih berhubung itu sahaja yang membezakan definisi konsep cinta pertama anda.
Bagi kirana,cinta pertama itu sangat bernilai.Walaupun tidak lagi bersama,kenangan itu masih bertapak di sanubari.
Tidak kira berapa pun usia anda pada ketika itu.Kita yang merasai nikmatnya.
Lebih indah jika cinta pertama itu dari kedua-dua belah pihak.
Perasaan itu seolah-olah sukar untuk dipadam.Namun,yang pertama itu umpama eksperimen.Pelbagai kesilapan yang kita lakukan sehinggakan dia kini bukan milik kita.
Ohh...Indahnya cinta pertama.Disaat perasaan kita masih suci dan pertama kali mengenal erti apa itu cinta.Tidak semua cinta pertama menyakitkan..Ada juga yang membahagiakan dan kekal sebagai memori indah. . .

Khas buat pembaca:


Someone Special
New MySpace 2.0 Layouts


No comments:

Post a Comment