Sunday, February 27, 2011

Hasil vs Rancang



Kadang-kadang perkara yang tak dirancang berlaku dalam hidup kita.
Perkara yang dirancang kadang-kadang hanyalah zero umpama sebuah angan-angan tanpa realiti.
Akhirnya terubat rindu pada habitat asalku.
Walau cuma seketika, namun penuh makna.
Dari mencipta angan-angan berkurun lama, namun penuh hampa.
Current city........tunggu aku balik!



-Sentuhan warna Rich Blue & Aluminium Grey by
Elianto-








Saturday, February 26, 2011

Apa Ertinya???

Apa ertinya rupa, tanpa kebijaksanaan akal

Apa ertinya ilmu, tanpa pengawasan akal

Apa ertinya sanjungan, tanpa harta kekayaan

Apa ertinya pujian, tanpa maruah diri

Apa ertinya kesopanan, tanpa pegangan diri

Apa ertinya perhatian, tanpa kenangan indah

Apa ertinya profesional, tanpa kejujuran

Apa ertinya bertumit tinggi, tanpa pentas yang rata

Apa ertinya mencurah kasih, tanpa berbalas sayang

Apa ertinya rindu, tanpa memberi penawar

Apa ertinya senyuman, tanpa kesenangan jiwa

Apa ertinya tulus, tanpa keikhlasan

Apa ertinya pangkat, tanpa duit berjuta

Apa ertinya pengorbanan, tanpa wujudnya ikhsan

Apa ertinya beragama, tanpa pedoman hidup

Apa ertinya hidup, tanpa kesihatan yang baik






Thursday, February 24, 2011

Jangan ditambah bisa-

Aku sedang menanggung kesakitan yang amat sangat sekarang ni.

Kenal tak alat ni?



Ni la alat yang bernama scaler.

-Memang power alat ni sebab buat aku hampir menangis-



*Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang berkenaan yang ada terasa hati dengan aku.
Aku cuma manusia biasa dan tak mampu
membahagiakan semua orang.




MALAYSIA vs PAKISTAN

Dalam kesibukan aku menyelesaikan tugasan semalam,
masih sempat aku pergi menyaksikan perlawanan Olimpik 2012 Qualifiers, Malaysia
menentang Pakistan.

Lokasi: Stadium Melawati Shah Alam
Masa: 8.45 malam
Tarikh: 23 Februari 2011

Keadaan di luar stadium sewaktu jam 7.50 malam.


Seperti biasa; booth jersey

Tiket masuk

Waktu pemanasan badan pemain bola

Lastly......aku yang gigih makeup walaupun cuma jadi penonton (",)



Malaysia menang dengan keputusan 2-0 menentang Pakistan.



Wednesday, February 23, 2011

INSTANT_POST- February 23

Mood: Bad
Description: Need to write the whole chapter 7 from my text book
which are including 41 pages.
Time line: 8.30am tomorrow


DAMN OFF!

*Please don't disturb me unless you can make me happy & cheerful








Tuesday, February 22, 2011

TOLONG ELAK 3 PERKARA TENTANG SMS-

1. Hilang fokus.

*BerSMS dengan orang yang tak menjawab soalan & alih topik

2. Lambat reply SMS

*Tak reply SMS sampai 12 jam. Boleh macam tu?

3. Meleret-leret

*Meleret-leret dengan tiada tujuan dan perkaitan



Teruja dengan BALAS~

Mood: Raja Lawak 5
Diskripsi: Semakin teruja dengan kumpulan BALAS.
Detik pertama jatuh hati: Minggu ke-3 (tiru gaya artis)
Teruja: Minggu ke-6 (lawak spontan)
Semakin teruja: Minggu ke-7 (retro)
Favourite Quote: "Kepada sayangku...Hubby sayang syg laju2".(Gila lawak & Sempoi)





*Mahu kumpulan Balas jadi Raja Lawak Musim ke-5!!!!!!!!!!!!




Saturday, February 19, 2011

INSTANT_POST- February 19

I miss you
but
i'm always wondering you.






*Chelsea please beat Everton in FA Cup tonight!!!
I'm waiting -^__^




Friday, February 18, 2011

Control Emo~

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu
Yang tersisa
Rinai tawa mu
Di sudut benak ku
Seperti kau
Masih di sini
Larut di pelukku
(asik terngiang2 lagu ni lately)


Sepatutnya aku pulang ke habitat asal hari ni. But i've changed my mind last minute. Learn from previous mistakes maybe.
Betul kata orang..Nak buat sesuatu biar bermula dengan niat.
Sekarang aku dah perbetulkan niat aku.
Jangan ikut hati, nanti diri sendiri rugi.
Sebab ikutkan hati, a few weeks ago waktu aku nak pulang ke habitat asal, aku jadi orang yang sangat clumsy.
Padahal, itu bukan attitude aku.
Drive thru KFC, dah bayar, tapi aku boleh blah macam tu je tanpa pick up apa yang aku order.
Lepas tu, nasib baik aku disedarkan oleh adik aku & serta-merta
aku reverse.
Boleh macam tu????
Benda ni tak pernah berlaku dalam hidup aku.
Dan aku akan pastikan, tak akan berlaku lagi.

Bukan tu je, masa aku nak pick up someone, aku boleh lalu jalan yang salah banyak
kali padahal aku dah tahu itu memang laluan yang salah.

Aku perlu hentikan segala 'keterujaan' yang tidak berasas lepas ni.
Now, I won't repeat the same mistakes.
RELAX and CHILL




New Outfit~

Hi Readers...

Since 'Ekspresi Cinta Dirimu' had never changed it's layout....Miss Kirana have decided to changed its outfit...(",)
So, this is the 2nd outfit of 'Ekspresi Cinta Dirimu'.

Just wanna make it more attractive & modern than before.

BEFORE:

Stick with the same theme 'LOVE', so I chosen this layout.










Thursday, February 17, 2011

Nota DETIK Kasih~

Aku lihat...
Aku pandang...
Aku perhati...
Sepi dan sunyi...

Aku tunggu...
Aku cari...
Aku dapat...
Terubat kesepian...

Aku berjalan...
Aku berlari...
Aku melompat...
Riang dan girang...

Aku pergi...
Aku beredar...
Aku tinggalkan...
Pilu dan diam...

Aku berjalan jauh...
Aku berlari laju...
Aku melompat tinggi...
Jatuh dan tersungkur...

Aku kembali...
Aku menanti...
Aku gelisah...
Keliru dan hambar...

Aku berhenti...
Aku berpaling...
Aku berundur...
Hadir dalam samar...

Cerita UNIVERSITI - 2nd part

Semalam aku kisahkan cerita universiti semester 1. Hari ni aku nak sambung cerita universiti semester 2 dengan gaya rambut 'bob' yang popular waktu ni.

















Ni kenangan aku dengan housemate. Dari rakan sama aras kat kolej, bertukar kepada housemate.
Lokasi: Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Tema: Pink




Aktiviti riadah bersama housemate.
Lokasi: Tasik Shah Alam



Aku & groupmate untuk kelas debat Bahasa Malaysia. Waktu ni kami sertai debat ala parlimen.
Lokasi: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Tema: Pink




Hari keluarga bersama rakan fakulti.
Lokasi: Agrolodge, Bukit Cerakah.



Aktiviti explorace. Memang adventures.

Ogeyh...Berakhir sudah kisah kenangan aku semasa semester 2.
Aku akan sambung cerita semester 3 lain kali.

Wednesday, February 16, 2011

Cerita UNIVERSITI - 1st part

4 Hari aku tak blogging memandangkan sibuk dengan window shopping (tapi tak shopping apa2 pun..)3 hari aku meronda merata-rata tempat hanya untuk merehatkan minda. Hari Valentines....Tiada apa2 yang istimewa..(Layak ke aku nak menikmati keistimewaan..???)

Hari ni post aku khusus untuk menyingkap memori silam. Kisah kenangan aku di universiti sejak 3 tahun yang lalu...
KISAH SEMESTER 1


Ni kenangan aku dengan rakan2 waktu join English Debate antara fakulti..Memang pengalaman yang berharga. Waktu ni aku baru minggu ke-2 kat Uni.



Ni aktiviti santai dengan rakan2 sefakulti & sekolej aku. Masa sem 1 nak ke mana2 pun naik public transport.Heheheh..GIGIH~

Berlainan kelas & program tapi ngam. Waktu ni aku & rakan2 sefakulti sertai lawatan ke Kelantan & Terengganu.Melawat Taman Tamadun Islam-

Mungkin agak pelik kenapa aku bertudung waktu lawatan ni.. Sebenarnya lawatan sambil belajar ni adalah under subjek Tamadun Islam& Tamadun Dunia iaitu subjek wajib Uni.


Hurm...ni sweet moment yang tak dapat aku lupakan. Majlis sambutan pelajar sem 1 di fakulti aku. Aku & rakan kuliah.

Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang - Antara assignment aku untuk subjek Sosiology.


Bersama anak-anak yatim yang menghiburkan.


Ni antara kenangan & pengalaman yang mahal, apabila salah seorang dari rakan aku bagi aku kepercayaan untuk menjadi usher program bagi dinner kolejnya. Apa yang istimewa ialah kolej ni merupakan kolej kediaman pelajar lelaki. Waktu majlis ni, aku & rakan aku yang kat sebelah tu je perempuan..Special kan...(",) Terima kasih buat pena eletrik.

Next time aku sambung cerita untuk semester 2 ...

FAIRYTALE-PART 3~

Ms. Right: Awak, awak di mana?
Ms. Right lagi: Awak, kenapa awak tiba-tiba menghilang?
Ms. Right lagi dan lagi: Awak, apa sebenarnya maksud semua ni? Saya benar-benar keliru dan tak faham.
Ms Right lagi sekali: Awak, tolong jelaskan kepada saya. Awak kata awak sayang saya. Tapi, kenapa ini yang terjadi?

Kini Ms. Right bermonolog seorang kerana Mr. Right tidak lagi menemani alam Fairytale nya..



Friday, February 11, 2011

SINI ADA HANTU-bolehlah

LOKASI: GSC ALAMANDA, PUTRAJAYA



Last time aku bagi rating filem ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah.
This time aku nak rate filem Sini Ada Hantu. From overall picture of the story I would like to rate this movie as 3 1/2 stars...
Filem ni baru ditayangkan bermula semalam kat pawagam. Lebih banyak elemen kelakar berbanding seram.

Memandangkan aku memang penggemar genre seram, tu yang membuatkan aku terdorong untuk
menonton filem ni.

Dari segi teknik suspen dalam filem ni tak begitu menjadi. Apapun, elemen muzik seram memang
gred A dan membuatkan filem ini menjadi seram.
Apapun, filem sentuhan James Lee ini ada kelebihan tersendiri iaitu kisah seram yang
memang dan biasa berlaku kepada masyarakat serta bebas daripada
wujudnya pawang atau bomoh melayu di dalam filem.
Dari segi pemilihan pelakon memang terbaik sebab semua pelakon mempunyai
watak yang sempoi dan bersahaja.





Thursday, February 10, 2011

Nasihat daripada yang berpengalaman-

Hello all readers......
Entry awal ni untuk kawan aku, merangkap follower pertama EKSPRESI CINTA DIRIMU.
Sebelum tu, terima kasih ye kerana telah buat aku & rakan2 yang lain terpedaya dengan kata2 anda.
Aku ni menggelabah cari bahan untuk assignment baru kita rupa2nya submit next week.
Anda sangat kejam!!!!
Entry ni gak khas untuk kau sebab selalu dilamun cinta.
Semoga pilihan kau kali ni adalah pilihan tepat hingga ke akhirat.(ayat skema )
Aku tahu kau memang tulus dalam hubungan yang kau bina tapi kau juga perlu berhati-hati.


Perkara ke-2 yang aku nak kongsi hari ni ialah berkenaan someone yang kongsi cerita dia dengan aku.
Aku nampak perubahan kau lebih tulus & sanggup beri komitmen kepada si 'W'.
Memang tak mustahil untuk dia tinggalkan gf dia yang suka cari perhatian lebih+publisiti+mengada-ngada+mulut longkang tu sebab hubungan mereka baru nak mencecah 2 tahun. (orang lelaki betul2 sayang gf mereka apabila hubungan mencecah 3 tahun)
Namun, kau tetap kena berhati-hati & jangan menaruh harapan yang tinggi kepada si 'W'.
Beri si 'W' ruang untuk berfikir apa yang terbaik untuk dirinya sebab kita akan dipertemukan
dengan pasangan yang salah sebelum bertemu dengan pasangan yang tepat.
Apa yang lebih penting ialah jadi diri kau sendiri...(",)




Wednesday, February 9, 2011

Rela~



Kau berikan sejuta harapan kepadaku
Untuk kuharungi hidup ini penuh halangan
Tak kuduga Oh seketika
Menghancurkan hati ini
Sendiri lagi

Sandiwaramu mengaburi seluruh jiwaku
Kata indahmu hanyalah sandaran di hati
Di manakah letaknya janji
Yang tak mungkin kau kotakan
Selamanya

Aku relakan
Kau pergi kasih
Tak perlu kau kesakitan
Terima kasih atas segala kau curahkan
Ohh yea...

Rindumu itu
Simpan sahaja
Di hati tidak bermakna
Tak mungkin ku kan kembali
Padamu lagi
Tiada ruang untukmu di hati ini

STUDY-EXAM-ASSIGNMENT-LOVE

Setelah beberapa hari aku diserabutkan dengan mode study & exam,
waktu aku tengah lena membuta, dapat panggilan daripada best friend aku yang mid -term test hari ni cancel.
Amat menyakitkan hati,tak pasal-pasal kena postpone minggu depan & tambah lagi satu chapter.





Serta-merta juga hari ni aku dapat assignment baru & perlu submit sebelum 12am esok.
(",)

*Sebenarnya saya rindoo kat seseorang....Tapi dia mesti tak rindoo saya =(
(Sempat lagi fikir pasal rindoo...Heheheh)




Tuesday, February 8, 2011

Janji

Tiba-tiba saya ingat kat awak...
Awak tak pernah memungkiri janji..
Kalau awak kata "jom tengok movie" mesti awak tunaikan walaupun terlewat seminggu..
Kalau awak kata "kita jumpa esok", mesti kita akan berjumpa esok.
Kalau awak kata "jom pergi jalan2", mesti awak akan bawa saya berjalan2.
Even janji yang sekecil kuman pun awak tak mungkiri.
Itulah awak yang saya kenali.
Cuma, bila awak ungkapkan kata sayang,
saya sukar mempercayai.

Semua orang boleh kata janji, namun belum tentu akan tunaikan.

Teringat pula lagu FERHAD~ Pernah

Pengalaman mengajarku

Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah



Dari kami kepada kalian~

Buat kalian...

Terima kasih atas didikan kalian kepada kami sejak kecil.
Aku masih ingat selang beberapa hari aku mesti dirotan sehingga usia aku menjangkau 18 tahun.
Semua itu untuk menjadikan aku manusia yang lebih berguna dan sempurna.


Buat kalian juga...
Ketahuilah bahawa anak-anakmu tidak pernah berubah hati dan tetap menjadi diri kami sendiri.
Namun,,,boleh tak sekiranya perselisihan di antara kita berakhir kerana aku terlalu letih dengan semua ini.
Walaupun kami jauh, namun kalian dekat di hati kami.

Buat kalian...
Kami akui kami bukanlah anak-anak yang baik.
Di mata kalian kami tidak sesempurna anak orang lain kan..
Kami sedar akan kekurangan kami..
Namun,,,tolonglah fahami dan selami perasaan kami juga.


Buat kalian...
Maafkan kesalahan kami..
Kami tidak mahu lagi terus bertelingkah dengan kalian.
Dan janganlah terus berfikiran negatif terhadap kami.


Kami sayang kalian..



Saturday, February 5, 2011

Jiwa sayu~

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

_____________________________________

Minggu depan adalah minggu kritikal kerana aku akan berhadapan dengan mid-term exam.
Minggu ini adalah minggu kesukaran bagi aku kerana aku telah melalui detik-detik yang menggusarkan.

_____________________________________



Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


_________________________________________

Apapun, aku masih boleh tersenyum...=)

LIFE MUST BE GO ON...

Kalaulah minggu nak exam aku bole tersenyum macam dulu,,,
pehhhhh! (Sesuatu yang tak akan berlaku lagi, aku yakin)



Friday, February 4, 2011

CONTEST TEKA UMUR cikgu fiq!!!

Time kaceh buat PERI-PERI GOJES yang tak lupa tag Kirana untuk menyertai contest anjuran Cikgu Fiq...
Apa yang perlu dilakukan oleh peserta dalam contest ini ialah meneka umur Cikgu Fiq...Huhu...


Jawapan saya ialah: Cikgu Fiq Berusia 18 tahun...

Seterusnya,,perkara biasa bila join contest,,,,3 orang bloggers yang aku nak tag:

1. Miss Zaza
2. Miss Sheila
3.Miss Qeela