Wednesday, February 24, 2010

KEWARTAWANAN DALAM TALIAN INTERNET KURANG KREDIBILITI BERBANDING AKHBAR ARUS PERDANA










Mutakhir ini, kewartawanan dalam talian internet menjadi medan kepada masyarakat umum untuk berkongsi berita mahupun isu-isu terkini mengenai sosial,politik,ekonomi,hiburan mahupun isu-isu global. Secara amnya, kewartawanan dalam talian internet disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti ahli politik, ahli perniagaan, pakar ekonomi, pendidik, pelajar-pelajar sekolah dan individu-individu yang berminat dalam bidang ini. Sebagai contoh, kita boleh mengakses bahan berita atau isu-isu terkini di dalam internet dengan hanya menaip kata kunci yang berkenaan pada enjin pencarian tertentu. Dengan cara ini, pengguna internet dengan mudah dapat membaca berita mahupun isu di dalam lelaman sesawang. Sebagai bukti, laman blog seperti ‘blogspot’ dan ‘Xanga’ disertai oleh mereka yang berminat untuk mengongsikan berita di dalam internet dengan cara memuat naik penulisan asli mereka sendiri, mahupun yang diciplak.











Memandangkan kewartawanan dalam talian tidak mempunyai garis panduan yang termaktub dalam undang-undang, maka kewartawanan dalam talian internet terus membiak dengan pantas seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kewartawanan dalam talian internet mula mendominasi kehidupan sebahagian masyarakat kita. Dengan adanya kewartawanan dalam talian internet, masyarakat bebas untuk memuat naik, memberi komen, berkongsi idea, meluahkan ketidak puasan hati dan menyatakan pandangan mereka dengan mudah. Ini menjadi pemangkin utama sebahagian masyarakat kita selesa dan gemar menggunakan kewartawanan dalam talian internet.


Walau bagaimanapun, kewartawanan dalam talian internet bukanlah satu wahana yang mempunyai kredibiliti yang baik jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana. Sebenarnya, berita mahupun isu yang disiarkan di dalam internet adalah goyah dan pincang kerana bertunjangkan sumber yang diragui kesahihannya. Sebagai contoh, sesetengah artis menjadi mangsa bahan seksual kepada individu yang tidak bertanggungjawab. Terdapat gambar-gambar mereka yang berunsurkan lucah disebarkan di dalam internet. Hal ini secara tidak langsung akan menjatuhkan air muka artis tersebut walaupun gambar yang disiarkan bukan fakta kerana terdapat sesetengah individu yang dengan mudah mempercayai akan kesahihan gambar-gambar tersebut. Secara tidak langsung, kewartawanan dalam talian memberi laluan mudah kepada manusia yang tidak beretika ini untuk menjayakan sikap hasad dengkinya dan sekaligus menimbulkan masalah kepada ramai pihak.


Dalam nada yang serupa, kewartawanan dalam talian acap kali menyediakan maklumat yang palsu kepada pembaca. Dengan tidak memiliki latar belakang yang berkaitan kewartawanan, keghairahan mengejar wang ringgit menjadi kiblat manusia tidak beretika ini. Terdapat kemungkinan mereka disogok dengan wang ringgit sehingga sanggup mengenengahkan isu-isu yang hangat tetapi palsu. Sebagai contoh, gambar pemimpin negara kita, pernah disiarkan di dalam internet digandingkan dengan seorang model dari Mongolia sedangkan gambar itu adalah gambar yang disunting dan ternyata palsu.


Tuntasnya, kewartawanan dalam talian internet mempunyai kredibiliti yang kurang berbanding akhbar arus perdana kerana unsur bahasa yang diaplikasikan di dalam internet adalah kurang baik. Bahasa yang digunakan adalah menggunakan bahasa-bahasa yang singkat, bahasa slanga, kesalahan ejaan serta struktur ayat yang tidak menepati hukum Bahasa Melayu. Ironisnya, penggunaan bahasa yang salah akan menyebabkan para pembaca terpengaruh dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Lebih buruk lagi, apabila penggunaan bahasa yang salah ini digunakan oleh generasi muda dan melenyapkan martabat bahasa rasmi negara kita.


Sehubungan dengan itu, kita tidak harus melupakan akhbar arus perdana yang masih menjadi sumber utama kepada berita dalam negara mahupun globalisasi. Sudah tentu akhbar arus perdana dikendalikan oleh mereka yang profesional di dalam bidang kewartawanan. Mereka telah menggalas peranan sebagai wartawan yang dipilih secara rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab serta mengetahui cara yang betul, sumber yang jelas, tepat dan terkini untuk dijadikan bahan berita dalam akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Intihanya, akhbar arus perdana tidak mementingkan sensasi sesebuah berita namun kebenaran dalam melaporkan berita serta memberi maklumat yang bernas kepada manusia sejagat.


Konklusinya, sebagai masyarakat yang prihatin, setiap tindakan kita hendaklah berlandaskan pertimbangan akal yang waras supaya tidak terus dimomokkan dengan arus modenisasi internet semata-mata. Kebijaksanaan menilai berita dalam talian internet mampu menghakis unsur-unsur negatif yang harus dibuang jauh daripada kehidupan bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu “ buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Sunday, February 14, 2010

Glitter Words

















Kirana merupakan penggemar produk filem Malaysia. Biarpun sering bercanggahan pendapat dengan rakan-rakan sebaya yang majoriti menganggap filem Malaysia tidak bertaraf antarabangsa, Kirana tetap dengan pendirian diri bahawa filem Malaysia punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Selain menggemari genre filem seram, Kirana turut mengikuti perkembangan genre filem cinta dan kebiasaannya tidak ketinggalan untuk menonoton filem-filem Melayu yang silih berganti ditayangkn di pawagam. Tidak pernah jemu dengan menonton filem-filem melayu berulangkali seperti di komputer riba atau menonton melalui pemain DVD.

ANTARA 10 FILEM CINTA MELAYU PADA ABAD KE 21:
1. SYURGA CINTA oleh AHMAD IDHAM (2009)
2. SELAMAT PAGI CINTA oleh NORLIANA SAMSUDIN(2008)
3. CINTA U-TURN oleh PM A.RAZAK MOHAIDEEN (2008)
4. CINTA oleh KHABIR BHATIA (2008)
5. MAIN-MAIN CINTA oleh PM A. RAZAK MOHAIDEEN (2006)
6. CINTA FOTOKOPI oleh PM A. RAZAK MOHAIDEEN (2005)
7. CINTA LUAR BIASA oleh RASHID SIBIR (2004)
8. KULIAH CINTA oleh PM A.RAZAK MOHAIDEEN (2004)
9. CINTA KOLESTROL oleh PM A.RAZAK MOHAIDEEN (2003)
10. CINTA 200 ELA oleh SHADAN HASHIM (2002)

Secara amnya, filem bertemakan cinta lebih mudah mendapat tarikan di hati masyarakat kerana filem cinta merupakan senario sebenar kehidupan kita. Diiringi dengan muzik yang memberi kesan langsung kepada emosi penonton serta babak-babak cinta yang membuatkan penonton melayani perasaan mereka.

Filem cinta sesuai untuk ditontoni oleh semua lapisan masyarakat kerana filem yang ditayangkan melibatkan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, filem SELAMAT PAGI CINTA, MAIN-MAIN CINTA dan KULIAH CINTA merupakan cinta yang melibatkan pelajar-pelajar kampus.

Selain itu, filem CINTA yang menyaksikan sentuhan halus pengarah terkenal iaitu Khabir Bhatia merupakan filem yang benar-benar berjaya menawan hati Kirana. Dengan menampilkan para pelakon terkenal seperti Dato’ Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Piere Andre, Sharifah Amani, Eizlan Yusof, Fasha Sandha memberi kekuatan kepada filem ini untuk berdiri dengan kaki sendiri. Tidak ketinggalan juga plot penceritaan yang sangat menarik membuatkan filem ini akan menjadi warisan yang” tak kan lekang dek panas, tak kan usang dek hujan”.


Pesanan kepada pembaca:
Berdiri teguh dengan pendirian diri dan tidak perlu terikut-ikut dengan arus kehidupan modenisasi sehingga melupakan asal-usul kita. Bersama memartabatkan filem Melayu Malaysia…


Thursday, January 28, 2010

Selangor menentang JOHOR~





PEMAIN BOLA SEPAK MENYANYIKAN LAGU RASMI NEGARA~


KEADAAN STADIUM PADA JAM 8.31pm~



TIKET MASUK~




Kirana pergi menyaksikan satu perlawanan bola sepak tempatan (LIGA TM MALAYSIA) buat julung kalinya di Stadium Melawati Shah Alam. Kalau sebelum ini Kirana ke stadium tersebut pada tahun 2008 untuk menyaksikan perlawanan 'road tour' antara pasukan pilihan Kirana iaitu CHELSEA FC menentang Malaysia.

Perlawanan yang berlangsung pada hari Selasa yang lalu, tanggal 26 Januari 2010 menyaksikan pasukan Selangor membelasah pasukan Johor 6-0. Satu prestasi yang agak memalukan ke atas kekalahan yang amat dasyhat itu.

Namun, sebagai anak jati Johor, keputusan perlawanan itu sama sekali tidak mengejutkan Kirana kerana kita sedia maklum bahawa prestasi pasukan bola sepak Johor sememangnya berada di kedudukan terakhir di dalam liga berbanding dengan kelab pasukan Johor FC.

Walaupun mengalami kekalahan, Kirana tidak merasa hampa kerana apa yang lebih bermakna adalah pengalaman yang Kirana rasai sendiri pada malam itu. Pasukan Johor seolah-olah diayamkan begitu sahaja kerana kelemahan pasukan itu sendiri. Malah ada jaringan gol yang bolos adalah di atas kesilapan penjaga gol sendiri.


Mungkin tidak ramai yang meminati perlawanan bola sepak Liga Malaysia berbanding dengan Liga Perdana Inggeris atas alasan tersendiri setiap individu. Kehadiran penonton dianggarkan 800-1 000 orang pada malam tersebut.

renungan: cinta kepada negara boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara.

Tuesday, December 15, 2009

sedetik pertemuan sekelumit perpisahan~

Kadang-kadang rasa malas nak dekat dengan seseorang dan mengenali seseorang dengan mendalam..Sebab kirana tahu setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan...Namun,apa boleh buat..hakikat tetap sebuah hakikat yang tidak dapat diubah..Bila da berjauhan pasti timbul kesedihan ...Hmmm...salam perpisahan~

Friday, December 11, 2009

kita terpaksa...

kadang-kadang kenapa kita terpaksa bersama dengan seseorang yang tidak lagi kita sayangi...
Kirana faham..keadaan itu memaksa.Keadaan yang memaksa kita untuk meneruskannya bersama si dia.
kerana itulah haluan yang kita pilih.sehingga kita terpaksa melaluinya.walaupun hati tidak merelakan.namun tindakan kita berkorban.
Kadang-kadang kita terpaksa meneruskannya sebab simpati terhadap si dia.namun kita sekadar menyimpannya di dalam kotak hati.
Biar kita berkorban demi kebahagiaan orang lain..
Sememangnya yang terpaksa itu menyakitkan...Namun apakan daya terpaksa meneruskan langkah ke hadapan...mungkin masa dapat merubah segalanya.

*fikirlah sebaiknya sebelum memulakan sesuatu...

Wednesday, December 2, 2009

MEmahami Vs DIfahami.......


One Heart
Myspace 2.0 layouts





Sebagai sang pencinta...sebagai kekasih yang setia...di manakah situasi anda????
Sedar atau tidak konsep saling memahami sukar diterjemahkan di dalam perhubungan cinta anda dan si dia...

MEmahami....anda perlu bertindak sebagai pihak yang faham kondisi si dia...bukan mudah untuk memahami melainkan anda bersedia sepenuhnya dalam hubungan yang dibina dan menerajuinya bersama..Sekadar menghimpunkan rasa kasih dan sayang terhadap si dia TIDAK MEMADAI untuk menjadi seorang kekasih yang memahami..

Sebagai kekasih harus mengenali karakter sebenar si dia dan baru anda berjaya untuk mempertaruhkan kepercayaan terhadap si dia...KERANA berbekalkan kepercayaan, anda akhirnya menolak KERAGUAN yang sering meracuni fikiran anda terhadap si dia..

DIfahami....si dia bertindak sebagai orang yang faham kondisi anda...bukan mudah untuk memiliki si dia yang mampu memahami diri kita..KERANA mungkin ramai yang berjaya mengambil hati anda namun belum pun sempat mengenali anda sedalamnya, cinta itu telah berakhir..

Sebagai kekasih kadangkala kita perlu berkongsi dengannya berkenaan SIAPA diri anda..Mungkin dengan cara ini dapat membantu si dia menyelami dan memahami anda..

Apapun......MEmahami dan DIfahami memerlukan masa yang panjang untuk diadaptasi di dalam perhubungan yang dibina...

*Belajar daripada kesilapan lalu......

Tuesday, December 1, 2009

take it or leave it?

I was really tired with ma life..

I never say that i am a famous person...

I never say that i am a good person...

I never say that i am a perfectionist...

I was tired..people around me keeping ask the same question..

I can feel that ..people around me was so exciting to know who is my soul mate or future soul mate..

I am not understand..why each time i met my friend they will asking bout my personal life..

I am confuse why are they really want to know bout my prince charming or future prince charming..

I can't be bothered because i never asking them that kind of question..

I want to know why they are always asking me the same question..

I want they know that education is my priority..What ever it is I need to grab my future first..

I know that me, myself is hard to falling in love with someone..


*Love someone that is really love you..

Monday, November 23, 2009

rasa cinta kepada negara...






lama sudah tak create n share my own experience here... tak ada apa yang menarik dan unik untuk dikongsi bersama..

by the way, ada sedikit benda nak share with my page viewers. semalam lepak dengan family dan my father best friend which is chinese. lokasi kat vivo tebrau city. sesekali nak juga merasa nikmat makanan dari Italy...macam biasa favourite aku kek choc double moist..dengan garlic bread dan juga pizza serta air jus...relax and chill..

kadang-kadang kita tak boleh sekadar memandang manusia ni daripada outlook sahaja..chinese ni biasalah simple sangat bila hang out..tetapi sebenarnya pocket tebal...dan yang paling penting, apa yang istimewa dan uniknya kawan papa aku ni dia dan isterinya bukan lah seorang yang tin kosong biarpun berpenampilan simple...

mereka punya pandangan ternyata sangat jauh dan optimis. they would fly to new york on this coming December. wow...si isteri terpaksa resigned biarpun beliau berpangkat besar dan bergaji besar sebab mengikut si suami yang memilih untuk bekerja di NYC..si anak turut berhenti pengajian di sini dan menyambung pengajian di sana.

Apa yang kirana lihat ialah mereka ternyata berani bertarung nasib mereka di sana..Tidak dapat kirana gambarkan sekiranya papa mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara terutama di luar benua Asia. Ternyata susah untuk adopt dengan pelbagai perkara baru...hidup dengan new environment, new surrounding...definitely it was really different with my beloved country, Malaysia..

Sedihnya untuk meninggalkan tanah air tercinta...meninggalkan 1001 kenangan ternyata sukar bagi orang berjiwa sentimental seperti aku..Tidak aku nafikan, hasrat untuk ke luar negara sudah tentu pernah terbit di dalam benak fikiranku...namun mungkin sekadar untuk pergi menjelajah bukan meneroka...

pesanan kepada pembaca: kita cuma merancang, namun tuhan yang menentukan..buat masa ini, kirana memilih untuk meneruskan pengajian di Malaysia...oh tanah air tercinta...

Monday, July 13, 2009

cermin atau HAKIKI....

Kadang-kadang kita sangat iri hati melihat kebahagiaan pasangan lain...KERANA kita melihatnya bahagia..

Tapi kita terlupa bahawa bahagia yang kita lihat hanya dari sudut fizikal sahaja..Melihat pasangan lain riang tertawa, bergurau senda , serta bermanja di antara satu sama lain...Secara tidak langsung rasa ingin memiliki hubungan seperti mereka.

Persoalannya, adakah mereka benar-benar bahagia atau hipokrasi semata-mata...

Bagi kirana, kirana memilih untuk tidak hipokrit.Adakalanya kita melalui pelbagai emosi yang tidak menentu...Kita tidak boleh mengharap orang lain memahami emosi kita sedangkan kita mengabaikan emosi orang lain..

Apapun, sayang, cinta dan hubungan itu yang nyata menyatukan dua hati bukan hanya sebagai cerminan orang yang memandang namun menjadi refleksi utama ke atas pasangan yang menjalin hubungan tersebut.......

Thursday, July 9, 2009

bicara MATA...........








Kali ini Kirana ingin mempersembahkan satu keperihalan mengenai bicara mata dalam cinta.Bicara mata dalam cinta memaksa Kirana mengimbas kenangan cinta semalam yang membawa kepada satu kondisi lain dalam perihal cinta.
Uniknya cinta ini bukan selalu kita alami dan rasai nikmatnya.Antaranya ialah bicara mata.Sebenarnya bicara mata melebihi bicara yang sebenar.Hanya dengan pandangan mata yang mendalam dan menembusi hati menimbulkan pelbagai reaksi kepada pasangan yang melaluinya.


Kirana sendiri pernah merasainya.Si dia pernah menahan air matanya di saat merenung tepat ke arah mata Kirana.Itulah sebabnya kita perlu berfikir sewarasnya sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.Jangan kerana perempuan lain yang baru singgah di dalam hidup sudah bertindak melulu mahu melupakan apa yang dimiliki hari ini.
Bicara mata juga membawa kita benar-benar menyelami apakah kita benar-benar memerlukan insan yang berada di hadapan mata.Segala kekecewaan dan kebahagiaan digambarkan melalui anak mata.



*Mata itu jujur………..

HARAPAN...

Harapan….Selalu sahaja seorang perempuan meletakkan harapan yang banyak sepanjang hubungan cintanya…Macam-macam yang diharapkan. Namun bukan semua menjadi kenyataan. Kadang-kadang perasaan seorang perempuan seakan dihancurkan oleh seorang lelaki yang kurang rasa belas ihsannya..
Lelaki tetap dikenali dengan kegagahan hatinya, namun wanita dikenali dengan ‘kerapuhan’ hatinya..Mudah sangat bermain dengan perasaan.Selalu sangat berfikir tentang lelaki yang dicintainya..Selalu sangat mengharapkan sesuatu yang lebih baik, dan baik daripada lelaki yang dianggap kekasih itu..
Huh…penat rasanya memasang harapan..dan penat juga bergantung harap pada harapan yang akhirnya dipunahkan oleh si dia..Kenapa kadangkala lelaki susah sangat hendak memahami harapan seorang perempuan…Lelaki selalu ‘enjoy’ dengan kehidupannya..Perempuan pula menghabiskan hampir sehariannya membawa lelaki itu bersama fikirannya setiap masa.

*kepada pembaca: dekatkan diri dengan apa yang menjadi minat anda bagi mengelakkan rasa kekecewaan yang berlanjutan…