Thursday, January 28, 2010

Selangor menentang JOHOR~





PEMAIN BOLA SEPAK MENYANYIKAN LAGU RASMI NEGARA~


KEADAAN STADIUM PADA JAM 8.31pm~



TIKET MASUK~




Kirana pergi menyaksikan satu perlawanan bola sepak tempatan (LIGA TM MALAYSIA) buat julung kalinya di Stadium Melawati Shah Alam. Kalau sebelum ini Kirana ke stadium tersebut pada tahun 2008 untuk menyaksikan perlawanan 'road tour' antara pasukan pilihan Kirana iaitu CHELSEA FC menentang Malaysia.

Perlawanan yang berlangsung pada hari Selasa yang lalu, tanggal 26 Januari 2010 menyaksikan pasukan Selangor membelasah pasukan Johor 6-0. Satu prestasi yang agak memalukan ke atas kekalahan yang amat dasyhat itu.

Namun, sebagai anak jati Johor, keputusan perlawanan itu sama sekali tidak mengejutkan Kirana kerana kita sedia maklum bahawa prestasi pasukan bola sepak Johor sememangnya berada di kedudukan terakhir di dalam liga berbanding dengan kelab pasukan Johor FC.

Walaupun mengalami kekalahan, Kirana tidak merasa hampa kerana apa yang lebih bermakna adalah pengalaman yang Kirana rasai sendiri pada malam itu. Pasukan Johor seolah-olah diayamkan begitu sahaja kerana kelemahan pasukan itu sendiri. Malah ada jaringan gol yang bolos adalah di atas kesilapan penjaga gol sendiri.


Mungkin tidak ramai yang meminati perlawanan bola sepak Liga Malaysia berbanding dengan Liga Perdana Inggeris atas alasan tersendiri setiap individu. Kehadiran penonton dianggarkan 800-1 000 orang pada malam tersebut.

renungan: cinta kepada negara boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara.

No comments:

Post a Comment