KHABIR BHATIA merupakan seorang pengarah terkenal yang berasal dari negara India yang kini menetap di Malaysia. Beliau telah mengkarya filem-filem yang sangat mantap seperti CINTA, SEPI dan SETEM.




Beliau bukan sahaja berjaya mengkarya filem-filem yang hebat. Malah sentuhannya dalam drama bersiri yang disiarkan di TV3 seperti Manjalara dan Nur Kasih juga mendapat tempat di hati para penggemar drama bersiri Melayu.
Tambahan pula, yang terkini, Kirana baru sahaja menonton drama seram yang berjudul "Penunggu Gunung Raya" yang disiarkan di dalam slot Seram, TV3. Juga merupakan karya Khabir Bhatia dengan kerjasama Faizal Ishak. Kirana sangat tertarik dengan drama seram tersebut kerana mempunyai unsur suspen yang sangat terkesan kepada para penonton. Tidak ketinggalan juga, susunan plotnya yang menarik membuatkan penonton tidak dapat mengagak jalan cerita dan apa yang akan berlaku seterusnya.
Kirana amat meminati 'style' pengarahan Khabir Bhatia yang terletak pada plot cerita yang berjaya memberi kekuatan kepada seluruh cerita yang dihasilkan oleh beliau.
No comments:
Post a Comment