Thursday, June 16, 2011

♡♡Mengumpul Setem♡♡

Ramai yang tak tahu sebenarnya aku ada hobi tersirat iaitu mengumpul setem.
Bermula sejak 13 tahun yang lalu, mama menghadiahkan album setem ni yang
mengandungi 8 mukasurat.
Walaupun dah mencecah hampir 13 tahun, halaman dalam album ni tak
penuh lagi sebab mengumpul setem cuma hobi sampingan aku.
Tambah pula, beberapa tahun kebelakangan, memang susah nak dapatkan
sumber setem sebab pos surat bukan lagi menjadi pilihan utama masyarakat kita dan dunia.
Haruslah sebab kecanggihan teknologi yang telah mengambil alih kepentingan setem.

Setem yang aku kumpulkan adalah berjumlah 200++ hasil daripada pemberian
kawan2, sedara mara dan tak kurang juga usaha aku sendiri.

Apa faedahnya kumpul setem ni?
Heheheh...Sebenarnya banyak ilmu yang kita boleh perolehi antaranya mengenal
nama saintifik hidupan & mengenang special ocassion/peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara.
Satu kepuasan bila aku tengok satu persatu setem yang aku kumpulkan.
Kalau boleh aku nak simpan album setem ni sampai bila2...♡♡♡
Nak upgrade dari masa ke semasa..I'll refer to Post Malaysia~





Tulisan aku 13 tahun yang lalu...(",) Bahasa Inggeris pun salah2...



Antara setem favourite aku-*_^



Setem dari Singapura & Indonesia-



Setem berunsurkan tumbuh-tumbuhan-



Setem Singapura yang berunsurkan hidupan-



Setem orang kenamaan dari pelbagai negara-




Antara setem tertua (1979)


3 comments:

  1. kat umah i ad byk setem org tingal tau..smua yg obersea....puteri diana wedding setem pon ade..kaya kalo jual ni..;p

    ReplyDelete
  2. alemak silap pkai my lil user acc..hiks..

    dar peri goojesss..;p

    ReplyDelete
  3. hahahah..xpe..
    banyak ea...?
    nk cket...huhu..beshnye...

    ReplyDelete