Friday, June 24, 2011

Baca Novel vs Tengok Football match~

Hello everybody~♥


Secara tiba2 je sebenarnya aku terpanggil untuk post tentang tajuk di atas.
Sebenarnya, ini cerita tentang aku.
Aku yang memang suka menulis sangat2...♥♥♥
Tapi...tak suka membaca novel.
Setiap tahun aku beli novel baru.
Kononnya nak baca sampai habis.
Aku cuba gagahkan diri juga untuk habiskan satu novel.
Tapi, sampai hari ni aku tak berjaya.
=_=
Tulis boleh..Baca  tak mahu...
Baca setakat paling banyak pun, chapter 2 novel, lepas tu disusun rapi di rak buku..

Kalau nak dibandingkan membaca novel dengan tengok football match,
haruslah tengok football match lebih kerap.
Tak kira sama ada live di stadium atau di TV.
Sebenarnya, kalau diimbas mula2 aku tengok bola dulu,
apa pun aku tak faham..
Tapi step by step aku cuba fahamkan...
Memang seronok terutamanya untuk pasukan yang aku gemar.
Sebenarnya, someone yang membawa aku ke dalam dunia bola ni..
Selalu sangat cerita tentang bola kat aku.
Daripada peraturan, coaching, supporters, sponsors, strategi, taktikal, dan macam2
lagilah..
Aku suka bila dengar cerita macam ni. Setidak2nya, aku dapat ilmu baru setiap kali dia bercerita.
Kalau dulu, aku seorang perempuan yang selalu berkasut tumit,
sekarang ni sneakers pun aku pakai.
Berubah tak salah,
tapi dalam keadaan natural..
Tak perlu cuba2 sesuatu yang bukan minat dan luar kemampuan kita.
Credit untuk awak sebab bawa saya ke dunia sukan ..







No comments:

Post a Comment