Thursday, June 30, 2011

Bahasa Terindah

Mungkin hanya baris ayat ini mampu memberi aku kekuatan.


Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

-A.Samad Said

Wednesday, June 29, 2011

Balik Dating~

1. Dah hantar balik rumah, terus SMS..Ni yang paling favourite. Romantik and very concerned.Semua perempuan suka yang macam ni...

2. Dah hantar balik rumah. Perhatikan awek sampai masuk dalam rumah. Ni pun best. Sangat menjaga keselamatan. Sebab malang kan tak berbau.

3. Ni lain pula. Lepas awek dah hantar dia balik rumah, belum sempat sampai rumah, dia dah call nak make sure yang awek dia dah selamat sampai kat rumah. Ni jarang2 berlaku. Sebab biasa bf yang jemput awek.

4. Dah hantar balik rumah, siap jumpa parents awek, mungkin sekadar bertanya khabar.

5. Dah hantar balik rumah, lepas tu tak ada apapun yang berlaku..Ni okay2 jela..


Tuesday, June 28, 2011

♛ PRiNcE ChArMiNG♛

Dear ♛ pRINCE CHARmING♛...

wHERE arE YOU?



Saturday, June 25, 2011

♡ ♡KEMENANGAN SEPAH ♡ ♡


KERATAN AKHBAR
(SUMBER: Utusan Malaysia- 25 Jun 2011)


UNDIAN TERAKHIR MAHARAJA LAWAK:
(sumber: website astro)

SEPAH, you deserved it.
Dengan branding tersendiri dan simple.
Dengan attitude yang low profile membuatkan masyarakat senang dengan kehadirannya dalam industri.


Friday, June 24, 2011

Baca Novel vs Tengok Football match~

Hello everybody~♥


Secara tiba2 je sebenarnya aku terpanggil untuk post tentang tajuk di atas.
Sebenarnya, ini cerita tentang aku.
Aku yang memang suka menulis sangat2...♥♥♥
Tapi...tak suka membaca novel.
Setiap tahun aku beli novel baru.
Kononnya nak baca sampai habis.
Aku cuba gagahkan diri juga untuk habiskan satu novel.
Tapi, sampai hari ni aku tak berjaya.
=_=
Tulis boleh..Baca  tak mahu...
Baca setakat paling banyak pun, chapter 2 novel, lepas tu disusun rapi di rak buku..

Kalau nak dibandingkan membaca novel dengan tengok football match,
haruslah tengok football match lebih kerap.
Tak kira sama ada live di stadium atau di TV.
Sebenarnya, kalau diimbas mula2 aku tengok bola dulu,
apa pun aku tak faham..
Tapi step by step aku cuba fahamkan...
Memang seronok terutamanya untuk pasukan yang aku gemar.
Sebenarnya, someone yang membawa aku ke dalam dunia bola ni..
Selalu sangat cerita tentang bola kat aku.
Daripada peraturan, coaching, supporters, sponsors, strategi, taktikal, dan macam2
lagilah..
Aku suka bila dengar cerita macam ni. Setidak2nya, aku dapat ilmu baru setiap kali dia bercerita.
Kalau dulu, aku seorang perempuan yang selalu berkasut tumit,
sekarang ni sneakers pun aku pakai.
Berubah tak salah,
tapi dalam keadaan natural..
Tak perlu cuba2 sesuatu yang bukan minat dan luar kemampuan kita.
Credit untuk awak sebab bawa saya ke dunia sukan ..







Thursday, June 23, 2011

SEPI~

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu panas suci

Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Wednesday, June 22, 2011

Instant Entry_June 22nd

Orang yang sayang kita, tahu cara untuk menghargai kita.
Tidak menghargai bermaksud mengabaikan, membiarkan dan mensia-siakan.




*Kalaulah JFN 72 melintas di depan mata saya...hurm...

Monday, June 20, 2011

HatiMati~

Bila orang lain lebih tahu siapa awak...
Bila orang lain lebih mengenali siapa awak...
Bila orang lain lebih arif lokasi awak berada...
Bila orang lain tahu setiap aktiviti awak...
Maknanya siapa saya?
Grrrrrrrrrr.........

Thursday, June 16, 2011

♡♡Mengumpul Setem♡♡

Ramai yang tak tahu sebenarnya aku ada hobi tersirat iaitu mengumpul setem.
Bermula sejak 13 tahun yang lalu, mama menghadiahkan album setem ni yang
mengandungi 8 mukasurat.
Walaupun dah mencecah hampir 13 tahun, halaman dalam album ni tak
penuh lagi sebab mengumpul setem cuma hobi sampingan aku.
Tambah pula, beberapa tahun kebelakangan, memang susah nak dapatkan
sumber setem sebab pos surat bukan lagi menjadi pilihan utama masyarakat kita dan dunia.
Haruslah sebab kecanggihan teknologi yang telah mengambil alih kepentingan setem.

Setem yang aku kumpulkan adalah berjumlah 200++ hasil daripada pemberian
kawan2, sedara mara dan tak kurang juga usaha aku sendiri.

Apa faedahnya kumpul setem ni?
Heheheh...Sebenarnya banyak ilmu yang kita boleh perolehi antaranya mengenal
nama saintifik hidupan & mengenang special ocassion/peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara.
Satu kepuasan bila aku tengok satu persatu setem yang aku kumpulkan.
Kalau boleh aku nak simpan album setem ni sampai bila2...♡♡♡
Nak upgrade dari masa ke semasa..I'll refer to Post Malaysia~





Tulisan aku 13 tahun yang lalu...(",) Bahasa Inggeris pun salah2...



Antara setem favourite aku-*_^



Setem dari Singapura & Indonesia-



Setem berunsurkan tumbuh-tumbuhan-



Setem Singapura yang berunsurkan hidupan-



Setem orang kenamaan dari pelbagai negara-




Antara setem tertua (1979)


Wednesday, June 15, 2011

JOHOR FC VS PAHANG LIGA MALAYSIA-

Hello .....

Dalam pada tension yang sedang melanda diri dan akal, aku pergi menonton perlawanan liga Malaysia
Johor FC menentang Pahang dengan Inchie Chubby & Adiknya...(kitaorang memang selalu pergi ber-3
kalau tengok sports event)
Tengok live kat Stadium Jcorp P.G, Johor..
Ada orang tu kata dia kenal siapa boyfie dia..(persoalannya, die kenal ke?hahahah..)
Kalau setakat ilmu di dada tak penuh, tak payah nak berlagaklah...(tiba2 tukar topik plak)
Sukan ni sebenarnya salah satu bentuk hiburan yang boleh beri banyak manfaat kepada diri kita.
(ayat terlalu skema--)
Tak sia2 aku pergi menonton match tadi sebab Johor FC berjaya menundukkan pasukan lawan 
dengan 2 berbalas 1.
ogeyh..sekian cerita untuk hari ni..
nilah gambar yang sempat aku rakamkan:







Tuesday, June 14, 2011

I adore You~

Every day I look at you...
Every day I'll not miss to look at your smile...
You makes me laughed..
You makes me smiles..
We do not know each other..
You're so cute...
You're like able person..
What ever you're...
Wish you all the best and success in your field..
Only fate will make us knowing each other~

Sunday, June 12, 2011

mALam Minggu-KL GANGSTER


Semalam baru aku sempat pergi menonton filem KL GANGSTER setelah 3 hari ditayangkan.
Filem ni memang terbaik dari segi 'kegangsteran' yang diketengahkan
sesuai dengan tajuk filem ini.
Gandingan para pelakon yang mantap menjadikan filem ini betul2 real.
Tak cukup dengan itu, diselitkan dengan elemen kekeluargaan yang menyentuh hati serta erti persahabatan yang mendalam.
Terdapat juga salingan lawak komedi menerusi watak Zizan Raja Lawak.
Thumbs up untuk hero Aaron Aziz sebab watak dia sebagai Malek memang terbaikkk dalam filem ni.
RATE: 4.5/5 STARS


Saturday, June 11, 2011

Lelaki idaman versi asal dari kampung-

Hello dear readers-(◕‿◕✿)

Kisah MR. A tu sebenarnya cuma mimpi aku je..

Mesti ada yang confused kan.
Aku tak pernah minta untuk mimpi benda2 yang jiwang macam tu...
Tapi mimpi tu datang sendiri.
Kira datang tak diundanglah...Ngee~

Aku nak cerita sikitlah pasal lelaki idaman.

Tak salah kalau wanita seusia aku ada
boyfie yang lebih berusia (2,3tahun pun boleh)
Lepas tu, lelaki tersebut asal dari kampung..(pun boleh, sebab saya akan terima awak seadanya)
Tapi bekerja di bandar, dan memiliki
mind set yang urban.
Then, mak ayah dia stay kat kampung, dah tua.(aku tak kesah pun kalau kena jaga diorang)
Sebab, bila aku sayang seorang lelaki tu, aku akan sayang keluarga dia sekali.
Itu yang penting kan..
Lelaki yang lebih berusia dan dari kampung biasanya pandai ambil hati orang tua, dan jaga
hati aku juga.
Atleast adalah bertolak ansur dalam hubungan...
Lelaki yang lebih berusia biasanya lebih matang dan
concerned terhadap pasangannya.
Sesekali teman yang tersayang balik kampung, jumpa mak dan ayah dia.
Jumpa adik-beradik dia..
Gelak tawa bersama, masak sama2, tonton tv sama2, barulah ada kemesraan.
Dan lebih best bila mak dan ayah dia sayang kat kita...(◕‿◕✿)

Apa yang penting sebenarnya ialah sikap dan keperibadian seorang lelaki.
Kemesraan dengan ahli keluarga, hubungan yang direstui sememangnya indah-



Motif ada, Idea tiada-

I AM TIRED

Thursday, June 9, 2011

Awak~MR. A ♥♥♥

Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada awak, waktu awak kalungkan rantai emas ni.
Masih segar di ingatan saya, saat angin bertiup, helaian rambut menyapa pipi, awak menarik tangan saya.
Awak tersenyum, membawa saya ke atas titi di tengah2 pantai. Masa tu saya terkejut sebab awak sangat
loving. Serta-merta rantai emas yang saya pakai sekarang awak kalungkan ketika itu. Dua loket berbentuk hati adalah abjad pertama pada nama kita.
Saya sangat terharu. Saya terpaku.
Awak memandang sayu.
Adakah awak yang saya cari selama ini?


Tuesday, June 7, 2011

Ku Mohon




Cukup sekali,
Cukup dua kali,
Cukup tiga kali,
Tak terhitung lagi selepas angka tiga,
Tak terdaya aku menarik nafas lega,
Usah aku harapkan indahnya hari esok,
Jika hari ni aku masih menanggung luka.

Monday, June 6, 2011

Instant Post- June,6

Menanti penuh kesabaran-

Saat simpulan dihurai-

Itu adalah terindah bagiku-


Wednesday, June 1, 2011

Karak---

Semalam baru aku update movies yang aku tonton sepanjang bulan Mei.
Ingatkan dah berakhir.

Tiba2 malam semalam my besties ajak tengok 'Karak'.
So, 'Karak' menjadi movie ke-4 aku tonton sepanjang bulan Mei.

Ceritanya mula2 tu best,,tapi bila sampai klimaks rasa biasa ..
Tapi yang agak istimewa, bila elemen cinta diselitkan secara kreatif dalam movie ni. Aku rate movie ni 3.5/5 stars-