Friday, June 18, 2010

Everlasting

Hai para pembaca....

Tips untuk membina hubungan yang everlasting, kata kunci kali ini ialah 'BERFIKIRAN JAUH'. Kalau asyik nak memikir yang kita tak boleh memaafkan kesilapan pasangan kita, alamatnya lepas ni kalau membina hubungan yang baru pun, belum tentu boleh kekal.

Sebab itu berfikiran jauh itu penting bagi memastikan hubungan yang dibina mampu bertahan. Berfikiran jauh membuatkan kita membuat keputusan dengan tenang dan waras. Jika tidak, pasti kita akan mengakhiri hubungan tiap kali dilanda masalah.

Monday, June 14, 2010

IMPIAN AKU?


Benar. Satu temu janji makan malam ala-ala romantis yang menjadi impian Kirana.
Lebih kurang begini impiannya:

  • Dapat temu janji makan malam.(Lengkap dengan masa)
  • Dijemput lelaki idaman tepat pada waktunya.
  • Dibukakan pintu kereta.
  • Lelaki idaman bersama sejambak bunga.
  • Pakaian ala-ala 'little black dress'.
  • Makan di tempat yang romantis.(Restoran tertutup, tepi pantai atau hotel)
  • Dengan iringan muzik (biola pun boleh)
Huh....Itulah di antara kriteria temu janji makan malam yang Kirana impikan. Boleh kamu semua bayangkan? Makan dengan penuh bahagia, tersenyum sepanjang temu janji bersama lelaki yang diidamkan.

Hmmm...mungkin sekarang belum sampai masa yang dinanti. Mungkin impian Kirana sesuai ketika di alam pekerjaan nanti.

*Pesanan: Semua orang ada impian tersendiri. Terlaksana atau tidak, tak dapat dikenal pasti.

Saturday, June 12, 2010

KENDURI KAHWIN~




Hai.... Jumpa lagi semua...

Entry kali ni mengenai kenduri kahwin. Maklumlah, sekarang ni cuti sekolah seluruh Malaysia. Kesempatan inilah yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Buat masa ni, Kirana sekadar menghadiri majlis perkahwinan. Giliran Kirana, hanya tuhan yang tahu bilakah masanya. Kalau masa kanak-kanak dulu, pergi kenduri kahwin tak ada perasaan apa-apa pun.
Namun sekarang, pergi majlis perkahwinan dah mula memikirkan majlis perkahwinan untuk diri sendiri..
Mungkin inilah lumrah orang perempuan kan sama ada sudah berteman, mahupun belum.

Perempuan...tak sudah-sudah dengan angan-angan.....

Wednesday, June 9, 2010

Layan angan-angan

Hello everybody.....

Entry kali ini kita layan angan-angan jom...
Angan-angan tentang mr.right a.k.a prince charming....
Kirana percaya bahawa setiap orang pasti mempunyai lelaki idaman sama ada di sekolah, kampus mahupun tempat kerja atau yang lebih dekat ialah jiran anda sendiri.

Kebiasaannya, selaku perempuan, kita lebih memilih untuk merahsiakan apa yang kita impikan di dalam hati...Itu yang timbulnya 'secret admirer'..

Kadangkala kita sendiri yang memulakan pelbagai andaian positif, sedangkan andaian itu hanya untuk menyedapkan hati kita sendiri. Sebagai seorang perempuan, kita berasa malu untuk menyatakan hasrat hati. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memendam rasa dan berangan-angan kononnya dapat respons yang baik drpd mr.right kita.

Kadang-kadang boleh jadi, 'secret admirer' itu kawan kita sendiri. Mungkin kawan yang tak begitu rapat. Kalau dah namanya kawan, logiklah kan kita ada menyimpan nombor tel.bimbit dia. Nak mulakan SMS, terasa malu..Maklumlah, sebagai perempuan, kita selalu 'admirer' pada lelaki yang menjadi idaman ramai perempuan dan tentunya dia merupakan 'public figure' di tempat belajar atau di tempat kerja kita.

Akhirnya, kita cuma mampu berangan-angan...kalau nak mulakan,tak berani tanggung risiko. Risikonya ialah sama ada respons daripada mr. right itu positif atau negatif. Kan payah kalau negatif..Nanti diri sendiri yang malu sewaktu berjumpa dengan 'secret admirer' di tempat anda.

Mungkin kita akan berangan yang mr. right akan SMS kita, kadangkala mereka sekadar bertanyakan berkenaan kerja atau pelajaran. Namun yang pasti boleh membuat seorang perempuan berangan-angan jauh......




*Pesanan: Angan-angan tak salah, sekadar menjadi pelengkap hidup!

Tuesday, June 8, 2010

1 Resepi Cinta









Salam sejahtera para pembaca,

Lama juga Kirana tidak bercerita berkenaan cinta di ruangan ini.
Kali ni menyentuh tentang pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama lebih daripada 5 tahun. Mungkin tidak semua orang melalui cinta yang mencecah 5 tahun ini. Mungkin juga ada di antara pembaca yang pernah melaluinya.

Seperti yang sedia maklum, bukan mudah untuk mengharungi hubungan cinta apatah lagi untuk mempertahankannya hingga ke tahap yang lebih lama. Pelbagai dugaan yang dilalui dan segalanya tidak sama seperti mereka yang baru menjalin hubungan cinta.

Jelas di sini bahawa hubungan cinta yang berusia 5 tahun ke atas pasti bukan sekadar berkasih sayang bersama pasangan mereka, malah turut menganggap pasangan mereka sebagai kawan atau teman untuk berkongsi pelbagai perkara termasuklah yang berkaitan dengan kehidupan harian.

Oleh kerana itu, kadang kala si lelaki terlupa akan melayan kekasihnya sebagai seorang kekasih apatah lagi apabila mereka tidak lagi kerap berSMS seperti mula-mula menjalin hubungan cinta. Malah cara perbualan mereka mungkin juga kelihatan seperti berkawan biasa.

Justeru, sebagai seorang wanita yang matang, kita tidak seharusnya memandang perkara ini daripada sudut negatif kerana ini adalah resepi sebenar mengapa hubungan cinta yang dibina berjaya dipertahankan.

*Pesanan:
Sesungguhnya, hakikat rasa cinta yang sebenar terselindung di dalam hati. Kalau tidak masakan hubungan itu berjaya dipertahankan.Hadapi dugaan dengan tenang dan yakinlah pada cinta anda.

Monday, June 7, 2010

Sejuta Cinta Marshanda











Sejuta Cinta Marshanda sebuah sinetron Indonesia yang kini sedang bersiaran di saluran tv Indonesia RCTI pada pukul 8.45pm waktu Malaysia, setiap hari.

Kisah cinta sepasang kekasih yang amat menyedihkan berikutan pelbagai konflik yang dilalui dan terpaksa berpisah atas sebab-sebab yang mendatang.

Dilakonkan oleh Marshanda, Baim Wong, Ashraf Sinclair dan barisan pelakon handalan lain.

Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan




Waktu menonton : 11.05am
Lokasi: Johor Bahru
Filem: Lagenda Budak Setan
Pelakon: Farid Kamil, Lisa Surihani, Raja Farah,Que Haidar, Sheila Mambo, Fazura

Here, Kirana would like to share some reflection about this movie. It was really an interested movie. Besides of the romance genre, it's really makes me impressed when there are lots of suspense scene with unpredictable ending..

However, the movie that I watch this morning, was only a part one of the adaptation from the 'LAGENDA BUDAK SETAN' novel. I assume that it will be the next continuous part of the movie. I'm glad to know what will happen in the next part of this movie.

* The story from the novel, also has it own strength when it apply to the movie. As a Malay Movie Lovers, I've a clear image about what Ahadiat Akashah wants to present in his writing.

Sunday, May 30, 2010

my article~

Berita Harian Online | Tersentuh kes dera budak

permata dalam rumput???

Permata dalam rumput....Sounds a bit weird right?




PERMATA UNTUK YG LAHIR BULAN MAC.









PERMATA UNTUK YG LAHIR BULAN SEPT.











Hai para pembaca sekalian....




Satu ungkapan yang Kirana temui sewaktu menonton perlawanan bola sepak di stadium JCorp antara Johor FC dan Perak beberapa jam yang lalu.

Apa yang pasti, tak semua orang memilih kualiti berbanding kuantiti. Bukan mudah untuk menemui permata di dalam kawasan rumput kerana permata tenggelam dek rumput yang panjang.

Ini diumpamakan seperti manusia yang memilih konsep cinta mereka. Terdapat sesetengah orang yang memilih untuk mempunyai bilangan atau kuantiti cinta yang banyak tanpa memikirkan soal kualiti.

Ada juga orang yang berpendapat biar satu tetapi berkualiti. Setakat kaca, bersepah boleh didapati, ditambah pula dengan harganya yang agak murah. Namun untuk sebutir permata, belum tentu ia dapat dimiliki dengan mudah kerana permata itu terhad dan harganya yang agak mahal.

Kualiti yang dimaksudkan sebenarnya melibatkan pelbagai perkara yang merangkumi erti sebenar dalam mencari apa itu cinta...






*Renung-renungkanlah wahai pembaca sekalian.....

Friday, May 21, 2010

1 kriteria



Hai para pembaca sekalian...

Kirana ingin berkongsi satu kriteria yang perlu ada pada lelaki pilihan anda.Kata kuncinya ialah 'matang'. Matangkah si dia yang menjadi pilihan anda?

Jawapannya, anda sendiri yang harus bijak menilai pasangan anda. Seorang lelaki yang bersikap matang secara tidak langsung akan berfikiran jauh. Adalah selamat sekiranya memilih lelaki yang matang kerana mereka bijak merancang masa hadapan dan bijak dalam melaksanakan pelan itu.

Selain itu, lelaki yang matang adalah lelaki yang bijak dalam membezakan yang baik dan yang buruk. Biarpun berkawan dengan ramai perempuan, tetapi mereka masih dapat menilai antara yang kaca dan permata.

Lelaki yang matang turut memudahkan urusan dalam hubungan yang dibina. Mereka yang matang adalah seorang yang bijak membuat keputusan dan tidak teragak-agak dalam mengambil tindakan.

*Pesanan kepada pembaca: Anda pasti akan berasa senang mempunyai pasangan yang matang. Sampai bila nak 'enjoy' sehingga terlupa untuk bersikap serius?

Monday, May 10, 2010

KEPERCAYAAN

Bukan mudah untuk memberi kepercayaan kepada orang tersayang.
Namun harus dipercayai bahawa ditipu dan menipu ialah asam garam dalam kehidupan.
Untuk memberi kepercayaan, kita perlu bijak dalam menilai dan untuk mengambil kepercayaan kita perlu bijak mengambil hati orang yang tersayang.

Kehidupan dihiasi dengan dugaan dan cabaran agar hidup lebih bermakna dan lebih berkualiti kerana dugaan mematangkan kita untuk hari-hari yang mendatang.



Faith Love Peace




*KEPERCAYAAN DATANG DARI HATI YANG TAK MAMPU MENIPU

Monday, March 8, 2010

REVIEW NIYANG RAPIK




Pada 5 Mac yang lalu, Kirana menonton filem genre seram berjudul Niyang Rapik di The Curve, Damansara. Filem bergenre seram yang ditayangkan bermula pada 25 Februari yang lalu durasi tayangannya ialah 1 jam 20 minit.

Dengan menggunakan tajuk yang hampir serupa seperti drama bersiri yang pernah disiarkan di TV3 dalam slot Seram, namun filem Niyang Rapik ini bukanlah kesinambungan drama bersiri tersebut. Niyang Rapik merupakan sebuah nama tempat yang digambarkan dalam filem ini.

Filem sentuhan Ahmad Idham ini menampilkan himpunan barisan pelakon handalan seperti Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Awal Ashaari, Shaheizy Sam, Dian P. Ramlee, Liyana Jasmay, Nasir Bilal Khan serta memperkenalkan Kamal Adli selaku pendatang baru di dalam layar perak.

Pada pandangan Kirana, kekuatan cerita ini terletak pada barisan pelakon yang ditampilkan oleh Ahmad Idham. Rata-rata pelakonnya merupakan pelakon terkenal dan mempunyai ramai peminat. Dari sudut penceritaan, cerita ini banyak menggunakan teknik imbas kembali kerana bersesuaian dengan tragedi yang berlaku dalam cerita ini. Plot yang digunakan oleh Ahmad Idham ternyata ringkas dan diselitkan sedikit unsur suspen.

Tambahan lagi, latar tempat di dalam cerita ini iaitu di salah sebuah tasik di Terengganu berjaya memikat hati Kirana kerana keindahan alam semula jadi yang ditonjolkan terdapat di negara kita. Walau bagaimanapun, filem ini mempunyai mesej yang tersendiri iaitu kita hendaklah fikir dengan sewarasnya sebelum membuat sesuatu tindakan, bukan dengan mengambil keputusan yang melulu.