Salam sejahtera para pembaca,
Lama juga Kirana tidak bercerita berkenaan cinta di ruangan ini.
Kali ni menyentuh tentang pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama lebih daripada 5 tahun. Mungkin tidak semua orang melalui cinta yang mencecah 5 tahun ini. Mungkin juga ada di antara pembaca yang pernah melaluinya.
Seperti yang sedia maklum, bukan mudah untuk mengharungi hubungan cinta apatah lagi untuk mempertahankannya hingga ke tahap yang lebih lama. Pelbagai dugaan yang dilalui dan segalanya tidak sama seperti mereka yang baru menjalin hubungan cinta.
Jelas di sini bahawa hubungan cinta yang berusia 5 tahun ke atas pasti bukan sekadar berkasih sayang bersama pasangan mereka, malah turut menganggap pasangan mereka sebagai kawan atau teman untuk berkongsi pelbagai perkara termasuklah yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Oleh kerana itu, kadang kala si lelaki terlupa akan melayan kekasihnya sebagai seorang kekasih apatah lagi apabila mereka tidak lagi kerap berSMS seperti mula-mula menjalin hubungan cinta. Malah cara perbualan mereka mungkin juga kelihatan seperti berkawan biasa.
Justeru, sebagai seorang wanita yang matang, kita tidak seharusnya memandang perkara ini daripada sudut negatif kerana ini adalah resepi sebenar mengapa hubungan cinta yang dibina berjaya dipertahankan.
*Pesanan:
Sesungguhnya, hakikat rasa cinta yang sebenar terselindung di dalam hati. Kalau tidak masakan hubungan itu berjaya dipertahankan.Hadapi dugaan dengan tenang dan yakinlah pada cinta anda.
No comments:
Post a Comment