Wednesday, January 30, 2013

Lagu yang sedang meracuni fikiran aku!!

Alahaiiiii...
Apelah kuat sangat lagu Lahar Cinta ni asyik kat otak aku je.
Puncanya semalam masa nak pergi office lagu ni keluar kat radio.
Lepastu sampai ke hari ni masih lekat kat telinga & otak aku.
Haish..
Lagu ni popular masa awal tahun 90-an.
Ni liriknya:


Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali

Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu

Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi

Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu

Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan

Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah


Ogeyh.Memang teramat jiwang.
Tapi normal la kan.
Mesti semua orang pernah lalui benda ni.
Semua orang pernah merasa kecewa.
Tanpa kecewa kita tak tahu erti dan nilai bahagia.



kirana_2013

No comments:

Post a Comment