Monday, January 21, 2013

20 Hari telah berlalu

Awal bulan sememangnya waktu yang sangat sibuk untuk menguruskan pelbagai perkara.
Masih tak berputus asa mencari pekerjaan baru.
Dan berasa sangat stress apabila difikirkan perkara ini sedalam-dalam.
Apa yang aku tahu, aku apply apa yang patut dan sesuai dengan kelayakan aku
dan seterusnya berserah kepada tuhan dengan rezeki yang bakal diberikan.

Kehidupan era globalisasi ini telah mendesak kehidupan yang jauh lebih baik 
daripada apa yang kita miliki sekarang.
Sentiasa pandang maju ke hadapan untuk diri sendiri dan masa hadapan.
Tak perlu cepat merasa selesa dengan apa yang sedang diraih.
Terima kasih tuhan kerana telah mempertemukan aku dengan dia.
Biarpun pertemuan itu ketika kami dilanda masalah.
Alhamdulillah, kini kami mampu mengharunginya dengan dunia baru.

Dia...
Banyak memberi aku kesedaran tentang pentingnya hidup dalam realiti bukan fantasi.
Awak..terima kasih sebab sentiasa bagi sokongan pada saya.
Dan sentiasa ambil berat soal hidup saya.
Kita pernah menyesal dan gagal satu ketika dulu.
Kita tak mahu menyesal lagi.

Kita dah pun merelakan pemergian mereka.
Semoga mereka bahagia dengan pilihan hati mereka.
Kita dengan cara kita.

kirana_2013

No comments:

Post a Comment