Semalam aku berpeluang menonton filem Juvana The Movie bersama adik tersayang.
Filem yang mesti ditonton tahun 2013.
Sentuhan pertama Faizal Ishak dan penerbit Khabir Bhatia sememangnya tidak menghampakan
peminat filem Melayu.
Memandangkan terlalu tak sabar dan teruja, aku menempah tiket sejak 23 Jan malam.
Tak sia-sia sebab penuh cinema. Aku yakin filem box office ni pasti susah nak dapatkan tiket.
Aku yang sepatutnya menonton bersama encik boyfie, akhirnya menonton bersama
adik kerana encik boyfie ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Walaupun sedikit hampa, namun aku cuba memahami situasi si dia yang terpaksa
menghadiri majlis keluarga.
Filem yang menampilkan watak asal seperti di dalam series, iaitu Johan Asaari, Syazwan Zulkifli, Zahiril Adzim, serta penampilan khas Sharnaaz Ahmad, Sheira Ayob, Adlin Aman Ramli dan Syafie Naswip.
Kekuatan cerita terletak pada gabungan pelakon yang serasi dan jalan cerita yang istimewa berbanding
cerita melayu lain yang acapkali membawa konsep dan mesej yang sama.
Kisah yang penuh dengan elemen kasih sayang, persahabatan, unsur keagamaan memberi kesan yang postif kepada penontonnya.
Babak aksi yang mendebarkan menyebabkan filem ini diklasifikasikan untuk penonton yang berumur
18 tahun ke atas.
Nama watak seperti botak, apek, ayam, kicap, panjang dan lan todak menjadikan kisah Juvana
lebih realistik.
Aku memberi 4 bintang daripada 5 untuk keseluruhan cerita ini.
Banyak nilai murni yang dapat dipelajari daripada kisah pelatih Wira Bakti.
Biarpun aku berjiwa kewanitaan, namun cerita seperti Juvana tetap menjadi pilihan utama aku.
Bagi yang belum menonton, jangan lepaskan peluang anda.!
No comments:
Post a Comment