Friday, February 11, 2011

SINI ADA HANTU-bolehlah

LOKASI: GSC ALAMANDA, PUTRAJAYA



Last time aku bagi rating filem ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah.
This time aku nak rate filem Sini Ada Hantu. From overall picture of the story I would like to rate this movie as 3 1/2 stars...
Filem ni baru ditayangkan bermula semalam kat pawagam. Lebih banyak elemen kelakar berbanding seram.

Memandangkan aku memang penggemar genre seram, tu yang membuatkan aku terdorong untuk
menonton filem ni.

Dari segi teknik suspen dalam filem ni tak begitu menjadi. Apapun, elemen muzik seram memang
gred A dan membuatkan filem ini menjadi seram.
Apapun, filem sentuhan James Lee ini ada kelebihan tersendiri iaitu kisah seram yang
memang dan biasa berlaku kepada masyarakat serta bebas daripada
wujudnya pawang atau bomoh melayu di dalam filem.
Dari segi pemilihan pelakon memang terbaik sebab semua pelakon mempunyai
watak yang sempoi dan bersahaja.





Thursday, February 10, 2011

Nasihat daripada yang berpengalaman-

Hello all readers......
Entry awal ni untuk kawan aku, merangkap follower pertama EKSPRESI CINTA DIRIMU.
Sebelum tu, terima kasih ye kerana telah buat aku & rakan2 yang lain terpedaya dengan kata2 anda.
Aku ni menggelabah cari bahan untuk assignment baru kita rupa2nya submit next week.
Anda sangat kejam!!!!
Entry ni gak khas untuk kau sebab selalu dilamun cinta.
Semoga pilihan kau kali ni adalah pilihan tepat hingga ke akhirat.(ayat skema )
Aku tahu kau memang tulus dalam hubungan yang kau bina tapi kau juga perlu berhati-hati.


Perkara ke-2 yang aku nak kongsi hari ni ialah berkenaan someone yang kongsi cerita dia dengan aku.
Aku nampak perubahan kau lebih tulus & sanggup beri komitmen kepada si 'W'.
Memang tak mustahil untuk dia tinggalkan gf dia yang suka cari perhatian lebih+publisiti+mengada-ngada+mulut longkang tu sebab hubungan mereka baru nak mencecah 2 tahun. (orang lelaki betul2 sayang gf mereka apabila hubungan mencecah 3 tahun)
Namun, kau tetap kena berhati-hati & jangan menaruh harapan yang tinggi kepada si 'W'.
Beri si 'W' ruang untuk berfikir apa yang terbaik untuk dirinya sebab kita akan dipertemukan
dengan pasangan yang salah sebelum bertemu dengan pasangan yang tepat.
Apa yang lebih penting ialah jadi diri kau sendiri...(",)




Wednesday, February 9, 2011

Rela~



Kau berikan sejuta harapan kepadaku
Untuk kuharungi hidup ini penuh halangan
Tak kuduga Oh seketika
Menghancurkan hati ini
Sendiri lagi

Sandiwaramu mengaburi seluruh jiwaku
Kata indahmu hanyalah sandaran di hati
Di manakah letaknya janji
Yang tak mungkin kau kotakan
Selamanya

Aku relakan
Kau pergi kasih
Tak perlu kau kesakitan
Terima kasih atas segala kau curahkan
Ohh yea...

Rindumu itu
Simpan sahaja
Di hati tidak bermakna
Tak mungkin ku kan kembali
Padamu lagi
Tiada ruang untukmu di hati ini

STUDY-EXAM-ASSIGNMENT-LOVE

Setelah beberapa hari aku diserabutkan dengan mode study & exam,
waktu aku tengah lena membuta, dapat panggilan daripada best friend aku yang mid -term test hari ni cancel.
Amat menyakitkan hati,tak pasal-pasal kena postpone minggu depan & tambah lagi satu chapter.





Serta-merta juga hari ni aku dapat assignment baru & perlu submit sebelum 12am esok.
(",)

*Sebenarnya saya rindoo kat seseorang....Tapi dia mesti tak rindoo saya =(
(Sempat lagi fikir pasal rindoo...Heheheh)




Tuesday, February 8, 2011

Janji

Tiba-tiba saya ingat kat awak...
Awak tak pernah memungkiri janji..
Kalau awak kata "jom tengok movie" mesti awak tunaikan walaupun terlewat seminggu..
Kalau awak kata "kita jumpa esok", mesti kita akan berjumpa esok.
Kalau awak kata "jom pergi jalan2", mesti awak akan bawa saya berjalan2.
Even janji yang sekecil kuman pun awak tak mungkiri.
Itulah awak yang saya kenali.
Cuma, bila awak ungkapkan kata sayang,
saya sukar mempercayai.

Semua orang boleh kata janji, namun belum tentu akan tunaikan.

Teringat pula lagu FERHAD~ Pernah

Pengalaman mengajarku

Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah



Dari kami kepada kalian~

Buat kalian...

Terima kasih atas didikan kalian kepada kami sejak kecil.
Aku masih ingat selang beberapa hari aku mesti dirotan sehingga usia aku menjangkau 18 tahun.
Semua itu untuk menjadikan aku manusia yang lebih berguna dan sempurna.


Buat kalian juga...
Ketahuilah bahawa anak-anakmu tidak pernah berubah hati dan tetap menjadi diri kami sendiri.
Namun,,,boleh tak sekiranya perselisihan di antara kita berakhir kerana aku terlalu letih dengan semua ini.
Walaupun kami jauh, namun kalian dekat di hati kami.

Buat kalian...
Kami akui kami bukanlah anak-anak yang baik.
Di mata kalian kami tidak sesempurna anak orang lain kan..
Kami sedar akan kekurangan kami..
Namun,,,tolonglah fahami dan selami perasaan kami juga.


Buat kalian...
Maafkan kesalahan kami..
Kami tidak mahu lagi terus bertelingkah dengan kalian.
Dan janganlah terus berfikiran negatif terhadap kami.


Kami sayang kalian..



Saturday, February 5, 2011

Jiwa sayu~

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

_____________________________________

Minggu depan adalah minggu kritikal kerana aku akan berhadapan dengan mid-term exam.
Minggu ini adalah minggu kesukaran bagi aku kerana aku telah melalui detik-detik yang menggusarkan.

_____________________________________



Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


_________________________________________

Apapun, aku masih boleh tersenyum...=)

LIFE MUST BE GO ON...

Kalaulah minggu nak exam aku bole tersenyum macam dulu,,,
pehhhhh! (Sesuatu yang tak akan berlaku lagi, aku yakin)



Friday, February 4, 2011

CONTEST TEKA UMUR cikgu fiq!!!

Time kaceh buat PERI-PERI GOJES yang tak lupa tag Kirana untuk menyertai contest anjuran Cikgu Fiq...
Apa yang perlu dilakukan oleh peserta dalam contest ini ialah meneka umur Cikgu Fiq...Huhu...


Jawapan saya ialah: Cikgu Fiq Berusia 18 tahun...

Seterusnya,,perkara biasa bila join contest,,,,3 orang bloggers yang aku nak tag:

1. Miss Zaza
2. Miss Sheila
3.Miss Qeela







Thursday, February 3, 2011

Awak_pengukir senyuman ..

Saya tahu awak baik,
Saya tahu niat awak,
Saya tahu alasan awak bertindak seperti itu.

Saya tak pernah menyalahkan awak,
Saya tak pernah bosan dengan awak,
Saya tak pernah membenci awak.

Mimpi itu menyedarkan saya,
Mimpi itu memberi jawapan yang saya cari,
Mimpi itu petunjuk.

Mungkin memandu jam 4 pagi tadi membuatkan saya lebih rasional.
Sesungguhnya awak tak perlu risau tentang saya kerana saya seorang yang kuat dan tabah...(",)
Awak, pengukir senyuman saya...=))






Wednesday, February 2, 2011

Ucapan PM...


Aku tidak menyangka aku antara 1.5 juta rakyat Malaysia yang terpilih menerima ucapan perayaan Gong Xi Fa Chai menerusi email daripada Perdana Menteri Malaysia. Aku terima email ni beberapa hari yang lalu. Namun, aku hanya percaya kebenaran email ni apabila ia disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, 1 Februari yang lalu...
Terima kasih buat pemimpin negara tercinta yang menggunakan pendekatan berbeza daripada pemimpin sebelum ni serta mengaplikasikan kecanggihan teknologi di negara ini.



Tuesday, February 1, 2011

KAU...abadi~

Hari ni hari bagi mengenang kenangan lalu aku.. Ditemani oleh adik-adik yang setia, setelah ke sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak kira-kira 23km dari kediaman kami, destinasi selanjutnya adalah 'KAU...' yang abadi di hati...(",)

Saat-saat berharga kami...




Pemandangan 'KAU' yang abadi...





-Laluan harian aku ke kantin-






-Tempat perhimpunan aku setiap pagi-






Laluan kejayaan...=D



BiNtaNg yang HiLaNg

Pukul 1.59am...Aku tak dapat tidur lagi sebab sejuk..
Huh...Dah banyak hari aku tak dapat lihat bintang di langit sebab cuaca hujan..
Sedihnya...
Langit Darul Takzim tak sama dengan langit Darul Ehsan. Melihat bintang membuatkan aku rasa tenang dan bersinar..Tanpa bintang aku rasa hampa dan malap.
Kembalikanlah bintang-bintang yang sentiasa menemani aku pada waktu malam.
Aku rindu sejuta bintang, namun aku petik satu menjadi dambaan hati.