Sampai bila ..
Nak menyesak di tengah kota
Hanya untuk mencari sesuap nasi.
Ibarat kais pagi makan pagi
Kerana itulah hakikat si makan gaji
Namun di tengah kota
Aku gigih mengharungi
Cabaran
Lelah
Kesesakan lalu lintas
Dengan karakter pengguna jalan raya
Itu dan ini.
Syukur..
Aku masih bernyawa.
Kerana aku sedar
Setiap kali bertarung di lebuh raya
Nyawa aku menjadi taruhan.
Ajal kuasa Allah.
Rezeki dari Allah.
Segalanya kehendakNYA.
Kita sebagai pelaku
yang terus berusaha.
No comments:
Post a Comment