26 Ramadan...
Hampir saja kita berada di penghujung Ramadan.
Aku melabuhkan tirai Ramadan dengan kisah2 yang menyentuh sanubariku.
21 Ramadan...
Buka puasa pertama aku di luar..
Bersama-sama seseorang yang sudi berkongsi rezekinya dengan aku.
Terima kasih untuk itu-
Di saat aku menanti waktu berbuka puasa di sebuah restoran
Seafood ala Thai,
aku melihat kehadiran keluarga berkulit gelap berketurunan
Somalia atau Afrika mungkin.
Tanpa seorang ayah, si ibu membawa 3 orang anaknya.
tidak seperti pelanggan lain yang telah menempah meja dan memesan
makanan lebih awal, si ibu dan anak tadi mencari tempat duduk yang kosong.
dan akhirnya duduk berhampiran meja aku dan temanku.
Ketika itu, hampir di setiap meja terhidang ikan siakap beserta lauk pauk yang
menyelerakan.
Namun, apabila azan mula berkumandang, aku lihat si ibu menuangkan air 100plus (1.5liter)
yang dibawanya dari luar ke dalam gelas ais kosong anak2nya.
Saat itu, hati mula sayu.
Datang pula pelayan membawa hidangan nasi pattaya untuk keluarga berkulit gelap itu.
aku dapat melihat wajah anak2nya yang sayu memandang
makanannya.
Makanan orang lain jauh lebih berselera.
Si ibu mula menyedari akan situasi itu.
Dan akhirnya terhidang semangkuk tom yam untuk mereka.
sebak aku melihat.
mungkin tidak terungkap dek kata2.
betapa si ibu mahu membahagiakan anak2nya.
walau mungkin kemampuannya terbatas.
namun pengorbanan itu amat bernilai...
22 Ramadan...
Aku dan keluarga pergi ke sebuah kawasan bazar Ramadan..
Di dalam sebuah kawasan kampung.
Aku seperti biasa mencari kuih lapis kegemaran..
Puas berjalan, singgah di sebuah gerai yang menjual kuih-muih tradisional.
Seorang peniaga bersama isteri dan seorang anaknya yang amat
menyentuh hatiku.
kelusuhan pakaian dan kelesuan wajah mereka terdampar.
sedang mama sibuk memilih kuih,
aku memerhati gelagat si anak peniaga tadi.
dia yang berusia kira-kira 7 tahun, gigih membantu ayah dan ibunya.
bertudung dan serba ringkas,
penuh berhati2 dan perlahan2 menuangkan kuah kari ke dalam
plastik untuk dimakan bersama roti jala.
pergerakannya yang kurang meyakinkan itu,
membuat aku tersentuh..
anak sekecil itu, berkorban untuk sama2 membantu keluarga.
alangkah hebatnya dia melakukan tugasan orang dewasa.
tekun dan sabar-
andai aku yang berada di tempatnya...
ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara-
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum MATI

No comments:
Post a Comment