Hurm… 9 hari lagi akan tiba tahun baru. 2010 hanya tinggal kenangan,
Apabila tahun baru menjelang, pastinya usia aku pun bertambah. Sepatutnya aku menjalani sesuatu yang baru menjelang tahun 2011.
Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku masih lagi menjalani kehidupan biasa macam tahun 2010.
Bergelar pelajar adalah satu tuntutan yang berat sebenarnya tanpa aku sedari.
Impian ialah mendapatkan sarjana muda kepujian dengan gred purata pelajar yang cemerlang disamping memegang profesion yang berbaloi dengan usaha aku menuntut ilmu selama 18 tahun.
2011 memperlihatkan aku masih lagi dipayungi langit Darul Ehsan silih berganti dengan lembayung Darul Takzim. Cuma perbezaannya mungkin dari segi current city iaitu tempat kediaman aku.
Aku mengharapkan agar suasana baru mampu memberi kepuasan kepada aku dari semua aspek.
Hal-hal lain yang perlu aku titik beratkan bila nak isi petrol kereta tu perlulah aku bijak dan memberi keutamaan kepada yang perlu memandangkan harga petrol ron 95 turut mengalami peningkatan.
Komitmen 2011 ialah aku perlu lebih serius dalam akademik untuk melangkah setapak kehadapan.
2011 juga aku bakal bertemu dengan rakan baru iaitu rakan serumah aku dan rakan sekelas yang baru. Semoga segalanya lebih baik daripada yang lalu. Apa yang berlaku pada tahun 2010 adalah pengajaran terbaik bagi diri aku. Setakat kawan tikam belakang tu memang ramailah kat dalam dunia ni. Tapi tak apa. Aku doakan kawan-kawan yang tikam belakang tu berjaya dan berbahagia dengan kehidupan mereka.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment