Friday, December 31, 2010

HAIR STYLE~

Goodbye 2010... Welcome 2011...

Menyentuh soal peredaran tahun,nak bukalah cerita tentang gaya rambut..

Kirana mula mempelbagaikan gaya rambut bermula pada tahun 2006 hingga sekarang.

Tahun 2011 ni, rambut original saja pilihan Kirana..





*Setahun pilih sekurang2nya dua gaya rambut sebab tudung sedang menanti di hadapan~

Thursday, December 30, 2010

DUNIA ITU LUAS~

30 DISEMBER ….Tiba-tiba aku tersedar yang dunia sebenarnya luas. Selama ni aku terlalu mengecilkan skop pandangan dan pemikiran aku. Hilang keyakinan diri. Pandang rendah pada diri sendiri.

Sebenarnya aku yang merasa diri aku terlalu kerdil ..(IMBAS BALIK ENTRY AKU YANG DOLU2).Aku rasa aku tak punya apa yang perlu dijadikan cerminan kepada orang lain.

Aku juga suka percaya yang terbaik itu hanya ada SATU. Rupa-rupanya aku yang tidak membuka ruang kepada diri aku untuk melihat bahawa yang terbaik ada lagi.

Sekarang ni aku dah malas nak plan secara serius berkenaan masa hadapan aku. Aku kena ingat yang jodoh dan rezeki ketentuan tuhan. I believe that it will come naturally.

Apa yang kita ada hari ni belum tentu menjadi milik kita satu hari nanti. Tapi apa yang kita tak ada hari ini, tak mustahil menjadi milik kita satu hari nanti.

* Now i Know That i need sumone to makes me cheerful!

Monday, December 27, 2010

teRsedaR~

Apabila hari menjelang petang, mulalah aku memikirkan sesuatu perkara hingga ke tahap kronik. Memang betul la kan kalau dah hari2 pandang, bertahun2 pula, memanglah orang tersebut tak kan nampak anjakan paradigma yang berlaku pada diri kita.

Malah, orang akan lebih perasan perubahan orang lain yang dia dah bertahun-tahun tak jumpa. Sedih gak aku.Perlu ke aku displayed setiap masa foto aku masa aku form 1 dengan diri aku hari ni. Sepengetahuan akulah, besar gak perbezaannya.

Hidup ni kita memang kena sedar dan menyedarkan orang lain. Don't aspect that people will understand us as what as we think.

*Mungkin perlu aku bawa foto lama2 ke mana2...



kisah FAIRYTALE aku~




Mulakan pagi ni dengan senyuman sebab die pengukir senyuman saye...

Comel la konon ayat tuh!

Tak tergambar dengan kata-kata lagi dah...
Hanya lagu ni boleh ceritakan kisah FAIRYTALE aku...layannn!

Saturday, December 25, 2010

Sejenak di INGATAN~

Hari-hari,
Waktu yang sama,
Di tempat yang sama,
Aku menanti dia.

Kadang-kadang muncul,
Kadang-kadang terlepas,
Kadang-kadang tiada.

Andai kejauhan itu menghampiri aku,
Pastinya aku insan yang bertuah,
Namun tidak semudah itu,
Hanya mampu disimpan di kotak hati.

^_^

Friday, December 24, 2010

ESOK HARI KRISMAS~

25 Disember setiap tahun merupakan hari perayaan bagi penganut agama Kristian.
Seperti semua sedia maklum perayaan itu ialah CHRISTMAS. Menerapkan konsep 1 Malaysia nilah Kirana sisipkan entry Hari Natal ni.
Bagi Kirana, apa yang menariknya perayaan ini yang paling penting ialah cuti umum bagi semua di Malaysia.
Selain itu, rancangan televisyen yang menarik adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.
Masa nilah dapat menonton cerita HOME ALONE dan MR.BEAN yang berkaitan dengan KRISMAS. (Cerita klasik tapi masih seronok kalau ditonton sehingga ke hari ni.)
Kemeriahan sambutannya dapat disaksikan di seluruh pusat membeli-belah di Malaysia. Dengan pelbagai hiasan yang bersangkut-paut dengan sambutan Krismas.

IMBAS FOTO KENANGAN KRISMAS :

KIRANA bersama sanak saudara di SENTOSA, Singapura, 19 tahun yang lalu



KIRANA bersama parents & cousins ketika perayaan Krismas di Singapura.



Thursday, December 23, 2010

9 HARI LAGI MENJELANG 2011

Hurm… 9 hari lagi akan tiba tahun baru. 2010 hanya tinggal kenangan,
Apabila tahun baru menjelang, pastinya usia aku pun bertambah. Sepatutnya aku menjalani sesuatu yang baru menjelang tahun 2011.
Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku masih lagi menjalani kehidupan biasa macam tahun 2010.
Bergelar pelajar adalah satu tuntutan yang berat sebenarnya tanpa aku sedari.
Impian ialah mendapatkan sarjana muda kepujian dengan gred purata pelajar yang cemerlang disamping memegang profesion yang berbaloi dengan usaha aku menuntut ilmu selama 18 tahun.
2011 memperlihatkan aku masih lagi dipayungi langit Darul Ehsan silih berganti dengan lembayung Darul Takzim. Cuma perbezaannya mungkin dari segi current city iaitu tempat kediaman aku.
Aku mengharapkan agar suasana baru mampu memberi kepuasan kepada aku dari semua aspek.
Hal-hal lain yang perlu aku titik beratkan bila nak isi petrol kereta tu perlulah aku bijak dan memberi keutamaan kepada yang perlu memandangkan harga petrol ron 95 turut mengalami peningkatan.
Komitmen 2011 ialah aku perlu lebih serius dalam akademik untuk melangkah setapak kehadapan.
2011 juga aku bakal bertemu dengan rakan baru iaitu rakan serumah aku dan rakan sekelas yang baru. Semoga segalanya lebih baik daripada yang lalu. Apa yang berlaku pada tahun 2010 adalah pengajaran terbaik bagi diri aku. Setakat kawan tikam belakang tu memang ramailah kat dalam dunia ni. Tapi tak apa. Aku doakan kawan-kawan yang tikam belakang tu berjaya dan berbahagia dengan kehidupan mereka.

Wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

Tentang Cinta yang Kirana rindui;

  1. SMS sampai larut malam, tak henti-henti walaupun nak makan dan buat apa saja aktiviti.
  2. Bergayut through phone lama2 walaupun tak de topik nak dibincangkan.
  3. Dating sambil malu2 dan tersipu2 sambil hati berdebar2.
  4. Makan cover2 sebab segan dan motif utama nak tatap wajah yang tersayang lama2 bukan nak makan sebenarnya.
  5. Lepas dating yang tersayang terus SMS tanda concern dan caring.

Wednesday, December 15, 2010

8 PERKARA TENTANG KIRANA:

1. SUKA MENULIS- menulis apa sahaja termasuklah cerpen dan puisi.

2. SUKA MAKAN- Pilihan makanan utama bagi Kirana adalah masakan melayu sudah tentu. Jalan-jalan cari makan @ ~JOM BALI CAFÉ @DAMANSARA, NASI LEMAK ANTARABANGSA @ KG.BARU, SATAY HAJI SAMURI @ KAJANG, RESTORAN SAYAM @ STULANG LAUT, RESTORAN KAMPUNGKU @ PLENTONG & KEDAI MAKAN LINA DOLLAH @ MY HOME TOWN)

3. SUKA MAKE UP- tapi not too heavy..ELIANTO menjadi pilihan utama Kirana selain Maybelline. Credit to Elianto sebab produk ni memang sesuai dengan Asian People. Very Everlasting.

4. SUKA TIDUR- Nilah waktu rehat yang terbaik dan menenangkan.

5. SUKA TENGOK MOVIE- Haruslah movie Melayu jadi pilihan Kirana. Kalau genre pilihan= seram,romance,komedi. Lokasi Pilihan :CITY SQUARE @JB, D’CURVE DAMANSARA, SUNWAY PYRAMID, SPARK CINEPLEX @ DESA PETALING.

6. SUKA LEVIS JEANS, NIKE & ADIDAS.

7. SUKA COLOUR blue, purple, red and turquoise.

8. SUKA TENGOK FOOTBALL MATCH- Chelsea forever + layan gak tau Liga Malaysia..

Friday, December 10, 2010

KIRANA & DISEMBER

Kini, telah 10 hari bulan Disember berlalu..Berhadapan dengan pelbagai perkara dan masalah untuk masa akan datang..Kirana masih mencari penyelesaian bagi masalah Kirana..

Kadang-kadang ada perkara yang unpredictable berlaku dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita perlu ada backup plan yang memungkinkan kita bersedia dengan apa pun situasi.

Apabila menjangkau usia 20-an ni baru Kirana menyedari bahawa kehidupan tidak semudah yang disangka dan difikirkan.



By the way, Kirana masih berkesempatan pergi menonton filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Satu filem komedi seram yang sangat menggelikan hati.

Kirana rate movie ni sebanyak 4 stars over 5 stars.Sangat sempoi dan santai.Begitulah sentuhan filem oleh Mamat Khalid. Walaupun menitik beratkan dialek Perak, tapi tak kisahlah.. Apa yang penting menghiburkan..Layannnn!

Saturday, December 4, 2010

BACK TO KINDERGARTEN~


Hello everybody...

Usually, semester break will make me go through the bored days. So, today my sis and I had planned to help my mum at her kindergarten school.

The kindergarten is around 4km from our house. We gain our new experience here. Helping my mum doing such things like drawing and exchange ideas with other teachers makes me felt happy.


Although we only spent around 2 hours there, but it make us enjoyed knowing each others in order to sharing the best way in deliver knowledge to the children. in fact, it makes me recalled my childhood memories.