Apabila jari mula menaip,,,
Bermakna Kirana ada sedikit kelapangan di ruangan blog ini...
Bermadah bukan sekadar berbicara kosong, namun bersama kita renungi isi kandungannya.
Cinta...
Lagi - lagi cinta...
Percayalah bahawa sememangnya...
Manusia tidak dapat lari daripada fitrahnya...
Ingin dicintai,
dan mencintai...
Hanya manusia yang sedar akan hukum alam,
Percaya pada harfiah cinta.
Jangan pernah takut untuk mendekati cinta,
Andai itu kebenarannya...
Tempuhilah dengan keyakinan...
dan redhailah akan kehadirannya..
Orang selalu menyebut,
Bercinta mesti ikhlas.
Namun, tahukah mereka akan apa itu keikhlasan?
Lakukannya tanpa mengharapkan balasan dan tanpa niat disebaliknya.
Kerana yang ikhlas pasti berjaya memiliki cinta yang sejati~
"Biarkan senyuman ketika anda jatuh cinta berulang ketika masa berlalu meninggalkannya"
Hello world!
1 year ago
No comments:
Post a Comment