Thursday, February 7, 2013

Apa Yang Nyata

Dari mata turun ke hati,
Apa dikata penuh bererti,
Setiap langkah si penyeri hati,
Tak kan terlepas aku perhati.
 
Selepas kerja kita berjumpa,
Berkongsi kisah suka dan duka,
Gurau senda, serius pun ada,
 Hingga kita selalu terleka.

Tiap hari mengeluh pasal kerja,
Kadang terlupa itulah rezeki,
Kita berdua sama sahaja,
Terus mencari jangan berhenti.

Old Town White Coffee menjadi saksi
terpalit kisah dua hati
Tanpa ragu,yakin dan pasti
Terus berusaha, keserasian dicari.

Lembut bicara bersopan pula,
Topik engineer tak pernah lupa,
Impian dia bina bertahun lamanya,
Agar termakbul doa bersama.

Kita menanti penuh harapan,
Mengaharap cita-cita menjadi nyata,
Takdir tuhan satu ketetapan,
Usaha dan doa diturut serta.



Love,


kirana_2013

No comments:

Post a Comment