HI Peeps.
This is general just to share with all of you.
Antara ciri-ciri lelaki yang boleh dikategorikan baik untuk dijadikan teman hidup:
- SOKONGAN ~moral support
Sebagai contoh, memberi galakan kepada anda untuk mencari duit tambahan seperti berniaga.
Sebagai contoh, memberi galakan kepada anda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, memberi galakan kepada anda untuk mencari kerjaya yang lebih baik.
2. SENTIASA MEMBERI NASIHAT ~good advisor
- lelaki yang sentiasa tidak berputus asa menasihatkan anda.
Sebagai contoh, dalam keadaan anda marah terhadap seseorang dia menasihati bukan menambah kemarahan anda terhadap individu tersebut.( Bukan batu api)
Sebagai contoh, melihat anda boros berbelanja, dia menasihati supaya anda mengawal perbelanjaan dan menyimpan untuk masa hadapan. (Bukan makin menghabiskan duit anda. Tu tak sayang namanya.!)
3. HORMAT ~respect
-lelaki yang mempunyai nilai kehormatan yang tinggi ialah lelaki yang menghormati anda
Sebagai contoh, menghormati ibu bapa anda adalah tunjang kepada perhubungan yang baik. Tahu batas sebagai seseorang yang belum bergelar anak menantu.
Sebagai contoh, menjaga tutur kata ketika bersama anda. (kalau dah sampai tahap maki hamun tu maksudnya dah takde rasa hormat. Baik tinggalkan je!)
Sebagai contoh, memlihara maruah anda dengan tidak mempersendakan anda, mengutuk atau bergaduh dengan anda di hadapan kawan2 atau ketika anda bersamanya.
Sebagai contoh, menghormati masa anda . (masa bersendirian, bersama keluarga atau rakan-rakan).
4. SENTIASA MEMBERI TUNJUK AJAR ~good teacher
-nah..dari sini anda boleh menilai keikhlasan seorang lelaki.lelaki yang ikhlas tak kan kedekut berkongsi ilmu demi orang yang tersayang.
Sebagai contoh, mengajar anda laluan jalan yang betul untuk ke sesuatu destinasi.
Sebagai contoh, memperbetulkan kesalahan anda dalam menggunakan bahasa inggeris.
Sebagai contoh, mengajar anda tentang selok-belok penggunaan kereta.
Dan macam2 lagi~~~~
5. PENDENGAR SETIA ~good listener
- Amat penting sebab kita bakal menjadikan mereka teman hidup. seumur hidup kena dengar segala macam cerita dan permasalahan yang kita hadapi.
Sebagai contoh, mendengar luahan perasaan kita terhadap sesuatu yang kita kurang puas hati dalam konteks hubungan yang dibina.
Sebagai contoh, mendengar permasalahan yang kita hadapi dalam kerja.
Sebagai contoh, mendengar permasalahan kita terhadap hubungan kita dengan orang sekeliling.
6. MENGAMBIL BERAT ~concerned
- Bukan sekadar berpesan take care kepada anda, namun melaksanakanmya.
Sebagai contoh, sentiasa bertanyakan sama ada anda dah makan atau belum kerana pemakanan adalah punca kepada kesihatan.
Sebagai contoh, mengetahui jadual kehidupan anda.
Sebagai contoh, mengambil tahu lokasi anda berada..Penting untuk keselamatan anda.
7. MENJAGA ~ caring
Sebagai contoh, mengiringi anda pulang ke rumah terutama pada waktu malam supaya keselamatan anda terpelihara.
Sebagai contoh, menemani anda ke klinik ketika anda sakit.
Sebagai contoh, menjaga kualiti anda berpakaian dengan melarang anda memakai pakaian yang tidak sepatutnya.
Sebenarnya, ada banyak lagi.Tapi inilah perkara asas sebagai lambang lelaki yang baik.
Berhati-hati dalam meilih teman.
Pilihlah yang memberi kesan positif kepada anda bukan yang memudaratkan.
Gunakan akal , jangan diikut perasaan.
Bak kata pepatah, ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.
Berfikir dengan akal panjang sebelum membuat keputusan.
Cerita ini berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang sekeliling.
kirana_2013.