Saturday, December 31, 2011

MY LAST DAY ~

Yesterday was my last day doin my internship~
I'm not that happy bcoz gona finished my undergraduate post
beyond it, I was very upset to leave all my friends and everything 
in my internship place..
It was really awesome and wonderful experience being there for almost 
4 month.
Thank you guys for EVERYTHING.




❤ ❤ ❤

Thursday, December 29, 2011

Kisah aku dan memori itu

Tinggal kenangan


Sebelum aku buat internship di sini, tak pernah aku duga akan ada kenangan seindah yang aku peroleh.Esok adalah hari terakhir aku. Semua yang aku lalui di sini, akan kekal terpahat dalam memori aku.

Kawan2 memang best.  ♥♥♥ 
Perkara yang berharga bagi aku (di luar bidang kerja) bila dapat join futsal & join tournament. Benda tu 1st time dalam hidup aku. Atleast aku ada effort untuk cuba sesuatu yang baru kan?

Kepada korang yang tak pernah jemu belanja aku makan, thank you so much..Aku tak mampu membalasnya. Korang layan aku terbaikk, walaupun aku cuma praktikal kat sini.

Kepada kawan2 perempuan yang ajar aku pasal make-up,dress up, cinta, masa depan & kerjaya, bimbingan korang akan aku praktik kan.

Akhir sekali, kepada semua yang pernah nasihatkan aku pasal kerja, pasal agama, pasal hidup, terima kasih dan aku akan ingat semua pesanan tu.

Bagi aku, benda yang paling berharga aku belajar:
1. Macam mana nak guna telefon office dengan betul. *Thanks awak sebab ajar saya cara tekan button kat phone tu slow2..
2. Macam mana nak guna mesin Konica Minolta printer+photostat+scan+fax yang serba canggih tu.
3. Macam mana nak buat filing.
4. Apa perlu buat kalau ada client collect cheque.
5. Macam mana nak uruskan cheque deposit.
6. Macam mana nak post courier dengan Skynet.
7. Macam mana nak entertain and manage guest yang visit gallery.


Okeh............Sekian..Terpaksa aku melangkah pergi kerana aku bukan siapa2.........!☹ ☹ ☹

Tuesday, December 27, 2011

Tentang diri aku.TAG

Hello peeps! Entry kali ni sempena menjawab tag oleh cIk sheila..terima kasih sebab sudi tag saya!(nama saya 1st lak tu)


Sila baca syarat2 di bawah untuk reply tag ini :-


  1. You must post this rules
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger sets for you in their post and create eleven new question for the people you tagged to answer.
  4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  6. No tagging back!
  7. No stuffs in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU READ THIS" you legitimately (a.k.a really, trust, will all honestly) have to tag 11 people.

11 THINGS ABOUT ME!!!

1. Tidur tanpa kipas kerana alah dengan sejuk. (kalau on kipas, perlukan comforter)
2. Sangat suka makan tapi masih mementingkan penjagaan berat badan.
3. Sangat mementingkan waktu tidur yang cukup dalam sehari.
4. My priority is be punctual (biar saya tunggu orang, jangan orang tunggu saya).
5. Suka kesenian (lukis,nyanyi,tarian,fotografi, designation, berkarya)
6. Karaoke & menonton movie cara saya MEMBUANG stress.
7. Masih manja dengan parents dan mereka pendengar setia saya.
8. Tidak mengambil masa yang lama untuk bersolek (5 minit pun boleh).
9. Masih tak pandai memakai lipstick.
10. Tak makan tahu tapi penggemar setia air soya.
11. Blogspot adalah akaun laman sosial pertama saya.


Jawapan bagi soalan Cik Sheila:
 1) Berapa tempoh perkenalan antara kita?
-Lebih kurang 9 bulan tapi dlm alam maya sajo!

2) Siapakah pasangan yang paling lama bercinta dengan kamu?
- Mr. JGC 111

3) Lepas habis study, nak terus kawin ke sambung lagi pelajaran?
-Dua2 delay dulu sebab nak kerja dulu.

4) Dalam banyak2 kawan, siapa yg annoying buat kamu?
-Haruslah Miss Annoying

5) Pilih cinta berdasarkan rupa @ wang ringgit?
-Rupa sebab itu anugerah tuhan yang tak boleh diubah.

6) Jika diberi pilihan, antara Kenny Rogers dan Michelle Jackson, suara mana hebat bagi kamu?
-Hahah..dua2 pun tak.

7) Port outing mana sentiasa jadi pilihan kamu?
- Area Mutiara Damansara

8) Zaman sekolah atau zaman dewasa lebih kamu rindui...
- Zaman sekolah sebab dah berlalu pergi.

9) Biasanya, hari minggu kamu di rumah @ hang out dgn teman?
- Hang out dengan teman.

10) Sudahkah kamu mencapai hajat yang kamu inginkan..
- Belum sepenuhnya.

11) Berapa besar pengorbanan yang kamu boleh lakukan semata-mata untuk bahagiakan kedua ibu bapa?
- Cuba sedaya upaya memenuhi kehendak mereka.



Mereka yang aku TAG:



Harap anda yang tersenarai di atas sudi menjawab tag dari Cik Kirana.

11 Soalan untuk anda:
1.Nama panggilan anda?
2. Snek yang paling digemari?
3. Blog yang sering anda lawati?
4. Perkara  paling menyentuh hati?
5. Ipad/kamera dslr mana satu pilihan anda?
6. Perfume pilihan anda?
7. Kereta idaman anda?
8. Apakah website pertama yang anda buka sebaik sahaja online?
9. Mozilla Firefox/Internet Explorer/Google Chrome mana satu pilihan anda?
10. Apakah keseronokan berblogging?
11. Cinta pertama anda pada usia berapa?





Okay!Selamat menjawab................tErima KaSih!

Saturday, December 24, 2011

Sekitar Majlis Perpisahan Ku

Selasa, 20/12/2011- Kejutan untuk aku.Semua orang dlm office dah pakat untuk raikan aku sempena tamat tempoh internship aku hujung bulan ni.

Thank you for all of you..This is meaningful to me.Thank u so much!


I love this roses,thank you even though ku tak tahu daripada siapa..





THanK you for the preparation,kak.
Thank you for the knowledge babe.

Friday, December 23, 2011

Akhirnya...Tahniah adik!

Adik ku menangis semasa keputusan diumumkan (yg dibulat pink colour)

Adik..tahniah sebab telah berjaya mencapai pencapaian yang terbaik dalam akademik
setakat usiamu.
Kakak tahu bukan mudah untuk mendapat full A (9A) dlm PMR.
Semoga kejayaan ni satu permulaan yg baik untuk kehidupan akan datang.



Monday, December 19, 2011

Johan & Ozlyn in Serasi Bersama

Hye peeps! I love to watch 'Serasi Bersama' because this is the real tv program of celebrity with his/her spouse, get to know their harmonious in their marriage. From many episode I've watch before, this is the best and I really loike it!Marvelous and awesome.. Do enjoy this video..Natural relationship ♥ ♥ ♥ The best part is when ozlyn frank speak that she never looks through properties or even appearance. How honest she is..sooo sweet!☺

Tuesday, December 13, 2011

Kau Hadir, Hilang

Perasaan cinta itu indah.
Anugerah daripada yang Esa.
Aku tak pernah menyalahkan perasaan itu.
Tatkala hati & akal dikuasai duniawi
Kau hadir membuka mata hati ini.

Oh tuhan!
Tidak pernah aku menduga semua ini terjadi.
Kita tidak mampu melafazkan.
Hanya mata yang bertentangan saling berbicara.
Namun, hebat manalah bicara mata?
Hanya mampu memberi isyarat tanpa kepastian.

Kau dan aku
Kita sama2 pasrah dengan takdirNYA.
Sebab takdirNYA yang menemukan kita.
Tapi belum tentu menyatukan kita.

Kita memilih untuk diam
Sebab kita takut untuk mencipta kenangan itu
Aku pasti yang manis akan pahit
Kau pasti senyuman akan hambar.



*Apa yang aku merepek ni???
Mood jiwang petang2!



Monday, December 12, 2011

Hari Bersama Keluarga~

Dapat bercuti hari Sabtu adalah satu anugerah yang sangat aku hargai..
So, semestinya hari untuk bersama keluarga memandangkan kami jarang berjumpa.
Hari: Sabtu
Lokasi: Convention Hall, KLCC
Acara: Expo Permata Pintar Negara

Pergi melawat adik aku yang terlibat dengan kem perkhemahan permata pintar negara.
Terubat rindu.!!





Hari: Ahad
Lokasi: Putrajaya
Acara: window-shopping, jalan2



Friday, December 9, 2011

Sekilas November/Disember 2011

Antara aktiviti aku dan tempat internship.
Ni yang sempat aku rakamkan buat tatapan semua.

Sekitar majlis makan malam amal diraja - Bulan November
Lokasi: PICC

Sekitar perlawanan akhir bola sepak piala TSMK.-Bulan Disember
Lokasi: Stadium PKNS, Kelana Jaya.

Sekitar kejohanan terbuka futsal mbpj.-Bulan Disember.
Lokasi: NPNG Sports Centre, Damansara Damai.


Sekitar majlis -majlis makan yang aku selalu join -Bulan November/Disember
Lokasi: NeoDamansara/PJ Trade Centre

Thursday, December 8, 2011

Untuk Selamanya~

Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima

Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu

 Walaupun setelah 4 hari ditayangkan, 'OMBAK RINDU' mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat Malaysia. Setelah berkunjung ke beberapa buah pawagam, akhirnya aku dapat menonton filem 'OMBAK RINDU' di TGV Cinemas The Mines Shopping Centre. Fenomena filem ini membuatkan aku teringat sewaktu tayangan filem Adnan Sempit The Movies.


OKeyh..malas nak review panjang2.cukuplah sekadar beri sedikit komen.filem ni aku rate 3.5/5 stars.
Kisah cinta yang unik.Jarang2 berlaku.Plot yang berunsur suspen. Namun begitu, kisahnya yang terlalu panjang membuatkannya sedikit bosan. Latar tempat memang terbaik.Pemilihan pelakon juga terbaik sebab masing2 berjaya membawakan watak mereka.

Thursday, December 1, 2011