Aku nak cakap pasal hipokrit dan profesional yang merupakan dua perkara yang berbeza. Kadang-kadang hipokrit dan profesional nampak macam sama, tetapi sebenarnya sangat berbeza. Profesional adalah sikap yang tak dimiliki oleh semua individu. Sesetengah orang memilih untuk bersikap profesional sebab tak mahu mencampur adukkan urusan peribadi dengan urusan lain seperti kerja, pelajaran, keluarga dan lain-lain lagi.
Orang yang profesional boleh disalah tafsir oleh orang lain sebab profesional kelihatan seperti hipokrit. Bersikap profesional pada pandangan aku lebih mudah sebab bukan semua individu yang berada di sekeliling kita boleh dipercayai. Silap langkah, macam-macam risiko yang perlu ditanggung. Bagi aku, biarlah individu yang betul2 rapat dengan aku sahaja mengenali aku sebetulnya. Tak semua perkara yang boleh dikongsikan dengan individu lain kerana banyak perkara yang harus dititikberatkan. Namun begitu, semua individu punya hak mereka untuk berkongsi kisah peribadi mahupun kisah2 lain.
Perkara yang sesetengah individu kurang gemar berkongsi ialah kisah peribadi. Bagi aku, ini bukan hipokrit tetapi kenyataannya ialah profesional. Profesional amat penting supaya kita tidak menyusahkan individu mahupun pihak lain. Cuma nak kena ada kesabaran yang tinggi dan mampu mengawal emosi untuk memiliki sikap profesional.
No comments:
Post a Comment