skip to main |
skip to sidebar
Kemaruk!!!
"Kemaruk cintalah tu..."Ada orang yang senang mendapat dan memberi cinta. Ada orang yang susah mendapat dan memberi cinta. Entry ini untuk yang susah mendapat cinta atau jarang-jarang bercinta dalam bahasa mudahnya.Asyik je bergayut melalui handphone. Tak kira waktu dan tempat. Lepas tu bukan sekadar menunjuk-nunjuk, malah sengaja mengeluarkan suara yang mengada-ngada dan membuatkan orang lain rasa menyampah.Dalam jaringan sosial, lebih hebat. Status jangan ceritalah. Melebih-lebih mengalahkan orang yang dah lama menjalin hubungan. Kalau kat wall post mahupun post entry blog, ayat berbunga-bunga sahaja. Kalau tak ayat jiwang, ayat-ayat kecewalah apa lagi. Sekali lagi menunjuk-nunjuk kan...Tambah lagi, rupa-rupanya cinta yang dibina cinta jarak jauh. Jumpa entah berapa kali dalam setahun... (Kalau dah setahun ) Pernah tak tanya pada diri sendiri soal kepercayaan terhadap pasangan anda? Rasa-rasanya boleh mempercayai pasangan anda yang bermula dengan titik prekenalan jarak jauh?Cukupkah sekadar mengenali hati budi masing-masing melalui teknologi informasi terkini? Sekarang ni bukan lagi era 90-an...Banyak benda yang hanya kepalsuan. Dahlah jarang dapat cinta. Sudah terang lagi bersuluh, pengalaman pun cetek. Cinta ni bukan macam belajar nak skor A dalam pelajaran. Tak cukup sekadar teori tetapi memerlukan aplikasi amali barulah kita dapat mengenal pasti keputusannya sama ada serasi atau tidak.Senario yang Kirana nyatakan pada awal perenggan di atas ternyata berlaku kepada mereka yang jarang bercinta dan baru beberapa bulan menjalani cinta. Bagaimana jika menjejaki setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya. Adakah mampu?Pesanan: Belajar dari pengalaman dan hidup dalam kenyataan.
No comments:
Post a Comment