Sunday, July 28, 2013

UPDATE KISAH AKU~

Whoahhhh....
Lama sangat dah tak update blog nih.
Semua sebab mempersiapkan diri ke arah yang lebih positif
dan memantapkan apa yang dirasakan perlu.

Cewahh...macam bagus je ayat tu kan.
Aku baru bertukar tempat kerja sekaligus menukar pekerjaan di salah sebuah syarikat
swasta yang menjadi pengeluar kepada industri berat.
Pekerjaan sekarang menjadikan pemegang sarjana muda komunikasi bertukar kepada
bidang kejuruteraan dan akaun.
Macam tak percaya aku yang memang dominan otak kanan terdedah kepada
skop kerja dalam dua bidang yang sememangnya bukan kegemaran aku.
Aku mempelajari parts kenderaan dan membuat basic account untuk syarikat.
SO,Invoice, DO dan macam2 lagi terms dalam akaun kini menjadi tanggungjawab aku
selain daripada keluar masuk warehouse untuk mengenal pasti komponen yang dibeli oleh pelanggan .
Ada walk-in customer, dealers dan juga customer luar KL.
Sebagai eksekutif pengeluaran, aku dan team berperanan memastikan kelancaran
keluar masuk produk sama ada dengan pelanggan mahupun pengeluar utama. *Masih tak lari dengan membuat PR... (" ,)


Itu berkenaan dengan kerjaya.
Beralih kepada keluarga..Kehidupan keluarga tak banyak yang berubah melainkan
adik aku telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki
pilihannya pada bulan lalu. Sesuatu yang tak pernah dijangkakan,
"langkah bendul" berlaku di sini.
Tapi itulah takdirNYA.
Aku percaya tuhan telah menentukan yang terbaik untuk setiap hambaNYA.
Aku tabik pada adik..Dia telah membuat keputusan yang besar dalam hidupnya.
Aku sendiri belum mampu untuk membuat keputusan sebesar ini.
Dek kerana menganggap kestabilan ekonomi dan kerjaya lebih penting serta kestabilan hubungan 
juga menjadi kayu ukur.

Nah..bercerita tentang kestabilan hubungan...
Masuk kepada bab peribadi aku sikit.
Alhamdulillah, hubungan yang dibina kini diam tak diam hampir setahun.
Encik boyfie kini bergelar sales & service engineer di salah sebuah syarikat swasta.
Dalam tempoh yang masih baru, dia masih mencari kestabilan dalam kerjaya yang dibinanya.
Dah lama tak jumpa encik boyfie sebab dia dan keluarga sedang bercuti di luar negara.
Rindu nyaaaaaa....❤❤

Ogeyh..Dah.Cukup.
Hari ni 19 Ramadan ..Maka bermulalah pencarian malam lailatul qadar.
Harapan aku, dipertemukan dengan malam lailatul qadar dan berkesempatan melakukan ibadah.
Persiapan Syawal,
alhamdulillah tinggal 20% dari pihak aku.

Sekian untuk update kali ni.




kirana 2013~

1 comment:

  1. Assalamualaikum yangg, kerja tempat baru yee. alhamdullilah. sheila doakan awak pun cepat2 tunang dan nikah. hehhe bestnya dapat jumpa semalammmm :)

    ReplyDelete