Friday, May 20, 2011

AISHITERU (◕‿◕✿) - I love you

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit untuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Thursday, May 19, 2011

Sumber Inspirasi- - - - -Ikon

Kalau tengok si dia ni kan...memang perasaan nak kurus tu membuak-buak.
Dengan gaya bersahajanya dalam drama bersiri 'Awan Dania', memang sempoi.
Kurus, ramping, ada height, ada style yang sempoi:

SCHA

Si dia ni pula....sumber inspirasi kalau berpakaian..
Memang sopan & elegant!
Bergaya & macam golongan elit!

SITI NURHALIZA


Dan....tak lupa...sumber inspirasi dalam make-up...
From this beautiful actress. Dare to use bright color..
Dan pandai sesuaikan dengan rupa parasnya..(tak melebih-lebih & sesuai dengan profilenya)


FASHA SANDHA




*Sesetengah orang tak pandai sesuaikan rupa paras dengan make-up.
Tak perlu memakai bedak berlebihan untuk menutup cela diri.

Monday, May 16, 2011

TIADA KATA SECANTIK BAHASA~

Semuanya indah apabila berbahasa..

Menyingkap kembali detik awal percintaan ...

Tak ada orang yang akan kata cinta itu tak indah..

Semuanya sebab permainan bahasa yang memerangkap jiwa.

Tapi tak akan aku membiarkan jiwa terperangkap dalam dakapan bahasa indah
yang belum pasti kesahihannya.

Semua mampu berkata 'rindu' dan 'sayang'.

Tapi kebenarannya???

Salam rindu-bukan lirik lagu Type X

Salam rindu ke atas laman blog aku, para pembaca setia, para stalkers dan rakan bloggers..(",)

Kali terakhir aku menulis di sini pada 19 April 2011. Rasa rindu yang meluap2 ke atas blogku ini.
Namun apakan daya, masalah yang datang sesugguhnya menimbun-nimbun.

Kalaulah aku boleh menyelesaikan semua masalah ini dalam kadar yang segera... Argghhh!!!

Aku berasa amat kecewa apabila tidak dapat memuaskan hati orang lain dalam sesuatu perkara.
Keadaan sedikit huru-hara kebelakangan ini.

Aku perlukan dunia baru~

Aku dah malas nak fikir tentang itu dan ini.

Aku perlu hargai mereka yang menghargai aku-




'Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi, biar terjadi'
Lirik yang bermakna..=)


Tuesday, April 19, 2011

Aku...namun

Aku berbicara, namun bicara itu sepi,
Aku berbisik, namun bisikan itu sunyi,
Aku menanti, namun penantian itu berakhir.

Aku mencari, namun pencarian itu terhenti,
Aku terkenang, namun kenangan itu pedih,
Aku keliru, namun keliru itu tiada sangsi.






Aku,
dari HOMETOWN-

Thursday, April 14, 2011

Bila saya mula fikir tentang itu...

Kalau saya kata saya tak percaya..Maknanya saya betul-betul tak percaya lah..
Dan akal saya dah mula mendorong saya ke arah itu..
Saya tak mahu dan tak suka berkongsi.
Jadi, apa perlu saya buat?



.....................

atau

........

Wednesday, April 13, 2011

Mimpi yang tak sudah~

Tajuk entry dah sama dengan tajuk lagu Ibnor Reza tapi ni bukan cerita pasal lagu tu..

Mimpi lagi...mimpi mesti waktu tidur malam.

Awak pegang dan genggam tangan saya.
Dan tiba-tiba awak bagitahu saya kenapa kita tak bersama sejak dulu.
Awak kata, awak takut saya kecewa dan tak rela tengok saya kecewa sebab dalam hubungan cinta,
mesti akan ada fasa kecewa tu...(wah ...ayat!)
Saya pula hanya mampu merenung wajah awak dan kelu seribu bahasa.




♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Tuesday, April 12, 2011

instant entry_april





Susah untuk saya percaya bahawa itu adalah cinta.


FORMULA ONE MALAYSIA GRAND PRIX 2011

Hari Pertama- 8 April

Tiba di Litar Sepang pada jam 2 petang untuk menyaksikan sesi latihan yang ke-2.
Membuatkan aku berasa sangat teruja kerana dapat menyaksikan secara langsung sukan bertaraf dunia.
Cuaca yang agak panas terik membuatkan aku sedikit letih tapi masih gigih bersiar-siar dan tak lepas peluang untuk bergambar.
Puas berjalan-jalan di semua bahagian dan pintu masuk litar.



















Hari Kedua- 9 April

Tiba di Litar Sepang pada jam 1.15 petang untuk menyaksikan sesi latihan yang ke-3 berserta ujian kelayakan masa.
Hari ni cuaca paling baik sebab redup dan berangin.
Selesai ujian kelayakan masa pada pukul 5 petang, yang ni betul-betul macam treasure hunt sebab aku berjalan kaki sejauh 2km untuk sampai ke pintu masuk utama.
Disebabkan tak puas hati membeli-belah pada semalam hari, aku dan best buddies pun gigih berjalan kaki sejauh 4 km pergi dan balik. Nak naik shutter bus penuh memanjang.
Pukul 7.15 malam baru kami tiba di tempat letak kereta dan pulang.












Hari Ketiga- 10 April

Hari yang dinanti-nanti pun tiba.
Aku tiba di Litar Sepang pada jam 3 petang.
Macam-macam halangan termasuklah traffic jam dan minyak kereta yang dah nazak.
Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.
Lepas tu kembali redup.
Final stage. Masa ni aku dah berbelah bahagi nak sokong team Ferrari sebab prestasi mereka yang kurang baik sejak dua hari yang lalu.
Bukan litar favourite mereka mungkin.
Tapi aku tetap bagi perhatian lebih pada kereta Alonso sebab dalam hati memang masih menyokong Ferrari.
Macam biasa, ‘hebat pasti juara’. Juara menjadi milik Vettel.























Apapun, pengalaman 3 hari aku di Litar Sepang ni memang terbaik. Biarpun berbelanja besar, tapi puas hati dan berbaloi. Daripada membazir duit untuk perkara yang tak berfaedah, kan lebih baik yang berfaedah. Peluang tak selalu datang, jadi selagi ada peluang dan kesempatan, aku gunakan sebaiknya.





Peneman setia saya sepanjang 3 hari di sana...
Thank u my dearest stuff!



Credit to my luvly photographer & thanks 4 u bcoz bring me enter 2 the real world of F1!!

Tuesday, April 5, 2011

Cun !



Semalam agak bosan..So, pergi menonton CUN.
Movie ni best sebab watak-watak dalam ni semua bersahaja & gila2..
Rate: 3.5/5 stars
Moral of the Story: "Hidup ini tak bermakna jika kita buat orang yang tersayang bersedih"

Monday, April 4, 2011

Hati Lebur Jadi Debu~

Titik-titik noda, tertinggal di dalam dada

Guratan hatiku masih ada

Terguris di mata, pahit ku rasakan

Hari ini hati masih luka


Telah aku cuba, melupakan segalanya

Namun titik terang tiada datang

Langit makin cerah, luka makin dalam

Hati ini hancur jadi debu




Hanya satu, yang ku sayangi

Tiada pengganti, sampai saat ini

Hari-hari, langit kelabu

Menutup hatiku, serasa ‘kan mati




Bukit ‘kan ku daki, laut pun ku seberangi

Agar dapat lupakan diri mu

Namun apa daya, aku manusia

Gagal menghapus kenangan lama





Sunday, April 3, 2011

Sweet Moment

Having sweet moment wit my lovely family...