Aku tak tahu kenapa semua ni berlaku dengan pantas di sekeliling aku.
Tuhan tunjukkan aku itu dan ini cuma sekelip mata.
Aku masih menunggu setiap petunjuk itu datang ke segenap diri ini.
Aku cuma hamba yang lemah dan banyak melakukan kesilapan.
Suasana baru di sekeliling aku juga setiapnya punya makna.
Housemate baru.
Officemate baru.
Kenapa aku merasa orang2 yang dekat dengan aku semakin menjauh.
Keluarga tak lagi di sisi.
Mungkinkah aku kurang menghargai mereka ketika di depan mata?
Aku merasakan segalanya berlalu dengan pantas.
Aku nampak setiap yang berlaku.
Aku ditakdirkan rapat dengan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.
Bukan seorang atau dua.
Tapi ramai.
Aku faham soal jodoh setiap orang berbeza.
Tapi tuhan membuka mata aku.
Aku nampak itu dan ini.
Cuma mungkin belum jelas petunjuk itu datang.
Dugaan itu dan ini menerjah seluruh benak aku.
Aku tidak merungut.
Cuma terkedu.
Aku sekadar memberi ruang diri untuk bermuhasabah.
Aku percaya bahawa petunjuk itu datang dengan pelbagai cara.