Saturday, July 30, 2011

Kasih vs Impian

Minda penuh dengan misi,
Fikiran terdorong dengan visi,
Hati kosong tanpa kasih,
Merasa diri hanya disisih,
Kalau harta jadi ukuran,
Aku terima sebagai cabaran,
Aku hadapi dengan kesabaran,
Menuju arah penuh sasaran,
Menepis segala kekesalan,
Aku gagahi setiap halangan.


Pasrah aku dengan jalan takdir,
Tidak lagi bermundar-mandir,
Sedar akan kasihmu hadir,
Walau terkadang pahit dan getir,
Namun itu yang abadi,
Satu kelemahan akan ku atasi,
Agar impianmu dapat diisi,
Cuma tak pasti kasihmu menanti................................................NUKILAN :kirana

HATI YANG RAPUH

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

Friday, July 29, 2011

Don't be busy body

Tak perlu nak sibuk sangat jaga tepi kain orang lah perempuan.
Kau ada personal life pun tak reti nak jaga..
Ada hati nak beriye concerned dengan hubungan orang lain ...
Who do you think you are?



Wednesday, July 27, 2011

Merawat Luka Terpendam

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia nanti akan menyingkir hiba
Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankan bahagia nanti akan menyusur tiba
Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima

Monday, July 25, 2011


FOR THOSE WHO ASKED ME ABOUT MY PERSONAL LIFE,
HERE THE ANSWER...
THIS IS THE TRUTH...
THIS IS WHAT I'M FEEL...
IT SIMILAR TO THIS SONG;



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Kekal~


Aku petik kata2 ni daripada seorang pelakon, pengarah lelaki dalam erti kata lain penggiat seni tanah airlah...THE BEST ACTOR -

"Bila hidup kita dah biasa ada dia, bersama dengan dia, tapi bila tiba2 dia tiada lagi...
Bukan mudah tempat dia digantikan...
Memang ramai yang cuba menjadi pengganti...
Namun nak dapat yang kekal tu susah...
Ada yang dah masuk dalam hidup kita, tapi cuma seketika,
keluar ikut tingkap, keluar ikut pintu..."

Kadang2 kita tak hargai seseorang apabila dia bersama dengan kita,
tapi bila dia tiada, baru kita sedari akan kepentingan wujud nya dia dalam hidup kita.
Biasa...kita memang mudah lupa.
Hargailah mereka yang anda sayangi.
Kerana yang abadi itu sukar diperolehi...





Saturday, July 23, 2011

♥KISAH HATI♥

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Monday, July 11, 2011

BEST QUOTE





"Kesilapan memilih menyebabkan yang berhak merasa teraniaya"



 -best quote-



Friday, July 8, 2011

THANK YOU~



Thank you sebab bawa saya berjalan2 merasai jambatan baru yang merentasi Pasir Gudang-Desaru.

Berjalan2 sekitar Bandar Penawar dan mengimbas kenangan zaman sekolah..terima kasih-








Thank you to MAMA HUSNA for the lovely choc gift..so sweet~

Monday, July 4, 2011

Nak tahu dia sayang awak ke...?

Ni jawapan buat mereka yang bertanya, "macam mana nak tahu
dia sayang aku ke tak?"

IN A SINGLE WORD:

PENGORBANAN-

Aku dah tak nak cakap dah tentang bentuk pengorbanan yang
cliche macam berkorban masa, tenaga & duit.

BUT IN A SINGLE SENTENCE:

PENGORBANAN IALAH DIA SANGGUP MELEPASKAN KEPENTINGAN PERIBADINYA
UNTUK ANDA YANG DIA SAYANGI-


Kalau pengorbanan ni betul2 terjadi, barulah dinamakan sayang.
Bila dia tak berkorban, then baru anda tahu rupanya sayang dia pada anda berapa
percent lah sangat.
Pengorbanan tak minta dibalas ekh...
Pengorbanan biar dari hati & ikhlas..
Tak perlu meraih simpati si dia supaya berkorban untuk anda.
Sebab kalau dia memang sayang, dia tahu macam mana nak berkorban.

Kalau setakat 'i sayang u' n 'i rindu u', memang semua orang mampu
ucapkan-

Saturday, July 2, 2011

MARATHON - SEKALI LAGI-TRANSFORMERS



Sekali lagi- Sebuah filem terbitan Metrowealth Production
Aku rate movie ni 3/5 stars.
Pemilihan pelakon memang perfect.
Ada unsur lawak,suspen dan sangat penting, berjaya menyentuh hati audiences..
Cuma, ada sesuatu yang membuatkan filem ini cliche.
Mungkin kekuatan kurang pada skrip.


Transformers- 2 jam 30 minit, walaupun ada part yang aku tertido,sebab cik mata yang mengada-ngada, aku tetap dapat judge movie ni.
Rating 3.5/5 stars.
Banyak sangat elemen dalam movie ni..
Aksi2 transformers lebih kepada sejam akhir cerita.
Apapun, thumbs up!





*bukan senang nak rasa apa itu 'happy'