Tuesday, April 19, 2011

Aku...namun

Aku berbicara, namun bicara itu sepi,
Aku berbisik, namun bisikan itu sunyi,
Aku menanti, namun penantian itu berakhir.

Aku mencari, namun pencarian itu terhenti,
Aku terkenang, namun kenangan itu pedih,
Aku keliru, namun keliru itu tiada sangsi.






Aku,
dari HOMETOWN-

Thursday, April 14, 2011

Bila saya mula fikir tentang itu...

Kalau saya kata saya tak percaya..Maknanya saya betul-betul tak percaya lah..
Dan akal saya dah mula mendorong saya ke arah itu..
Saya tak mahu dan tak suka berkongsi.
Jadi, apa perlu saya buat?



.....................

atau

........

Wednesday, April 13, 2011

Mimpi yang tak sudah~

Tajuk entry dah sama dengan tajuk lagu Ibnor Reza tapi ni bukan cerita pasal lagu tu..

Mimpi lagi...mimpi mesti waktu tidur malam.

Awak pegang dan genggam tangan saya.
Dan tiba-tiba awak bagitahu saya kenapa kita tak bersama sejak dulu.
Awak kata, awak takut saya kecewa dan tak rela tengok saya kecewa sebab dalam hubungan cinta,
mesti akan ada fasa kecewa tu...(wah ...ayat!)
Saya pula hanya mampu merenung wajah awak dan kelu seribu bahasa.




♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Tuesday, April 12, 2011

instant entry_april





Susah untuk saya percaya bahawa itu adalah cinta.


FORMULA ONE MALAYSIA GRAND PRIX 2011

Hari Pertama- 8 April

Tiba di Litar Sepang pada jam 2 petang untuk menyaksikan sesi latihan yang ke-2.
Membuatkan aku berasa sangat teruja kerana dapat menyaksikan secara langsung sukan bertaraf dunia.
Cuaca yang agak panas terik membuatkan aku sedikit letih tapi masih gigih bersiar-siar dan tak lepas peluang untuk bergambar.
Puas berjalan-jalan di semua bahagian dan pintu masuk litar.



















Hari Kedua- 9 April

Tiba di Litar Sepang pada jam 1.15 petang untuk menyaksikan sesi latihan yang ke-3 berserta ujian kelayakan masa.
Hari ni cuaca paling baik sebab redup dan berangin.
Selesai ujian kelayakan masa pada pukul 5 petang, yang ni betul-betul macam treasure hunt sebab aku berjalan kaki sejauh 2km untuk sampai ke pintu masuk utama.
Disebabkan tak puas hati membeli-belah pada semalam hari, aku dan best buddies pun gigih berjalan kaki sejauh 4 km pergi dan balik. Nak naik shutter bus penuh memanjang.
Pukul 7.15 malam baru kami tiba di tempat letak kereta dan pulang.












Hari Ketiga- 10 April

Hari yang dinanti-nanti pun tiba.
Aku tiba di Litar Sepang pada jam 3 petang.
Macam-macam halangan termasuklah traffic jam dan minyak kereta yang dah nazak.
Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.
Lepas tu kembali redup.
Final stage. Masa ni aku dah berbelah bahagi nak sokong team Ferrari sebab prestasi mereka yang kurang baik sejak dua hari yang lalu.
Bukan litar favourite mereka mungkin.
Tapi aku tetap bagi perhatian lebih pada kereta Alonso sebab dalam hati memang masih menyokong Ferrari.
Macam biasa, ‘hebat pasti juara’. Juara menjadi milik Vettel.























Apapun, pengalaman 3 hari aku di Litar Sepang ni memang terbaik. Biarpun berbelanja besar, tapi puas hati dan berbaloi. Daripada membazir duit untuk perkara yang tak berfaedah, kan lebih baik yang berfaedah. Peluang tak selalu datang, jadi selagi ada peluang dan kesempatan, aku gunakan sebaiknya.





Peneman setia saya sepanjang 3 hari di sana...
Thank u my dearest stuff!



Credit to my luvly photographer & thanks 4 u bcoz bring me enter 2 the real world of F1!!

Tuesday, April 5, 2011

Cun !



Semalam agak bosan..So, pergi menonton CUN.
Movie ni best sebab watak-watak dalam ni semua bersahaja & gila2..
Rate: 3.5/5 stars
Moral of the Story: "Hidup ini tak bermakna jika kita buat orang yang tersayang bersedih"

Monday, April 4, 2011

Hati Lebur Jadi Debu~

Titik-titik noda, tertinggal di dalam dada

Guratan hatiku masih ada

Terguris di mata, pahit ku rasakan

Hari ini hati masih luka


Telah aku cuba, melupakan segalanya

Namun titik terang tiada datang

Langit makin cerah, luka makin dalam

Hati ini hancur jadi debu




Hanya satu, yang ku sayangi

Tiada pengganti, sampai saat ini

Hari-hari, langit kelabu

Menutup hatiku, serasa ‘kan mati




Bukit ‘kan ku daki, laut pun ku seberangi

Agar dapat lupakan diri mu

Namun apa daya, aku manusia

Gagal menghapus kenangan lama





Sunday, April 3, 2011

Sweet Moment

Having sweet moment wit my lovely family...