Tuesday, November 30, 2010

PERLU KE ISTERI ORANG menggatal???

Hai semua...

Kebelakangan ni Kirana sedikit sibuk menguruskan hal peribadi...
Entry kali ni adalah berkenaan perempuan muda+isteri orang+mak orang yang menggatal....

Kalau diri tu dah willing untuk berkahwin pada usia muda,,,,,pastikan lah diri tu benar2 bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri...

Bukan dah jadi isteri orang+mak orang tetapi nak test market diri sendiri. Jaga diri, suami dan anak..Tak perlu lagi dah nak menggatal apatah lagi mengganggu kekasih orang..

Kenapalah kan adanya perempuan sebegini? Kalau rasa diri tu gedikkks sangat, tak payah lah gatal2 berkahwin . Ni tak, perangai dari umur belasan tahun sampai la sekarang tak berubah dengan perangai menggatal..

Agaknya orang macam ni tak fikir masa depan...

Pesanan kepada pembaca: Hidup ni biar bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.. Kalau awal-awal dah senang, itu yang end up dengan susah, susahkan orang dan diri sendiri!

Sunday, November 28, 2010

FIKIR SEJENAK~


Orang yang kita tak sayang dan sayang kepada kita lebih menghargai kita daripada orang yang kita sayang.


(maksud mendalam)

Tuesday, November 16, 2010

Quote BY Mother Teresa

Siapa Mother Teresa?

Buat pengetahuan umum, nama sebenarnya ialah Agnes Gonxha Bojaxhiu merupakan seorang pendidik dari gereja yang beragama Katolik.

Persoalannya ialah beliau juga merupakan seorang sukarelawan yang terkenal yang banyak membantu mendidik dan menjaga kanak-kanak yang berpenyakit seperti penyakit kusta.Beliau pernah menerima anugerah Hadiah Keamanan Nobel.

Sering mengemukakan nasihat-nasihat yang berguna untuk panduan hidup melalui kata-katanya yang diekspresikan melalui puisi dan penulisan...

Monday, November 15, 2010

AIDILADHA~



Assalamua'laikum...

Selamat menyambut Aidiladha kepada semua pengunjung blog Idealistik Kirana. Esok, menjelangnya 10 Zulhijah menandakan Aidiladha disambut oleh umat Islam. Namun, di Malaysia, kita menyambutnya lewat sehari. Apa yang istimewanya, Aidiladha adalah satu bulan umat Islam menjalani ibadah haji di Tanah Suci dan menagadakan kenduri korban bagi memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Apa yang bezanya pada tahun ini ialah, Kirana menyambutnya berjauhan dari keluarga di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Buat keluarga di sana, Salam Aidiladha....



Friday, November 12, 2010

HOT luaran sahaja tidak cukup~

Myspace Love Graphics Quotes



Pepatah Inggeris di atas, adalah teori yang benar dalam percintaan..

Kadang-kadang wanita yang 'hot' tak bersama lelaki yang 'hot'.Kenapa?
Sebab apa yang mereka berikan adalah tidak cukup.

Dalam membina hubungan cinta perkara yang penting:

  1. Niat yang suci
  2. Keikhlasan tanpa mengharap pembalasan
  3. Berikan yang terbaik lah!!! (dalam semua aspek)

So, bagi mereka yang "hot" kat luar sana, renung-renungkanlah apa yang Kirana perkatakan. Kalau attitude diri sendiri teruk, jangan mengharap yang baik dan jangan memandang rendah kepada wanita yang nampak biasa sebab yang biasa itu tiada yang tahu the value beyonds it.

*Bukan mudah untuk berdampingan dengan lelaki 'hot'.Bukan sekadar jalan berlenggok depan lelaki 'hot' atau sekadar melepaskan rambut rebonding apabila lalu di hadapan lelaki 'hot'.

Thursday, November 11, 2010

Hati Mudah RApuH???


Iya...Benar sekali. Kirana amat mengakui yang hati seorang wanita memang mudah rapuh... Terbukti juga dalam lirik lagu Kris Dayanti~

Aku ini wanita biasa,
Bisa sakit, luka karena cinta,

Dingin sepi, Kerap menyapa,

Air mata jatuh, lukisan raga...

Kadangku kuat setegar kara,

Kadangku
rapuh, lemah, liar, merana....

Betul.Memang betul... Sebab tak kira siapa pun wanita itu, sama ada pandai, kurang pandai, atau memang tak berapa pandai, sama ada yang alim, kurang alim, atau memang tak alim..Juga mempunyai hati yang sama.

Hati wanita, pada Kirana, mudah dilentur . Dibelai berkali-kali, hati yang keras itu akan menjadi rapuh..
* Kita wanita perlu hidup bertemankan pendirian diri sentiasa...:)

Tuesday, November 9, 2010

SEBAB-SEBAB ORANG PEREMPUAN TIDAK MAHU BERKONGSI KASIH:


  1. Orang lelaki hilang fokus
- Orang lelaki akan hilang fokus (tumpuan) terhadap pasangannya jika mempunyai kekasih yang lain. Jadi, benda ni buat perempuan rasa mendapat kurang perhatian.


2. Berkongsi masa
- Sebagai mangsa yang berkongsi kasih, orang perempuan tidak sanggup berkongsi masa bersama pasangannya sama ada masa itu digunakan oleh pasangannya untuk SMS atau ON CALL atau DATING dengan perempuan lain.


3. Diabaikan
- Mula-mula memang segalanya UNDER CONTROL, tapi as an ordinary people, orang lelaki mula mengabaikan kekasihnya sedikit demi sedikit apabila mempunyai cinta yang lain.


Senarai di atas merupakan sebab-sebab utama orang perempuan tidak mahu berkongsi kasih... Tentu ada sebab sampingan..Kirana akan coretkan pada waktu yang lain.

Monday, November 8, 2010

MEGAMIND~



Last Saturday, I went to watch MEGAMIND with 3D version at Da Curve Damansara. It was really happening and have lots of entertainment elements. Besides of makes me laugh, there are also sad and touching scene.

Moral of this story is don't eva give up with what we want to achieve till we achieve it. Dreaming is good as to bring us into a right path to achieve our success and target. Don't eva blame our fate because we can put efforts to change our future through the goal!

Sunday, November 7, 2010

PESANAN DARIKU~


Jangan kamu terleka di dalam dunia cintamu…
Kerana kesannya pada hari mukamu…
Bercinta itu tidak salah…
Namun, jangan berlebih-lebihan.

Ingatlah bahawa segalanya indah pada awalnya…
SMS yang membuat kamu teruja…
Namun erti cinta yang sebenar ialah…
Bila kamu betul-betul mengenali si dia…

Ingatlah bahawa kamu ada tanggunggjawab….
Tanggungjawab yang perlu diteruskan…
Demi hari muka yang lebih bersinar…
Janganlah kamu terus terleka…

*Peringatan khususnya buat adik di sana

Tak Kenal Siapa~





Cinta sememangnya tak kenal siapa pemiliknya, siapakah gerangannya.Lebih-lebih lagi dari sudut fizikal....Selalunya tidak menjadi keutamaan bagi sesetengah orang apabila cinta itu wujud di situ.

Kadang-kadang ada sesetengah pasangan yang tidak kisah langsung berkenaan fizikal pasangan mereka kerana apa yang lebih penting ialah keserasian di dalam hubungan yang dibina. Fizikal sahaja bukanlah penentu utama hubungan yang dibina berkekalan.

Berbeza dengan sesetengah orang yang bernasib baik, mereka akan memiliki pasangan yang mempunyai kesesuaian dengan mereka dari aspek fizikal. Hal ini merupakan satu bonus yang dimiliki oleh seseorang.

*Fizikal bukanlah keutamaan, namun satu kepentingan yang menjadi hukum alam.