hai my visitors...
Dari hari ke hari kirana nak update blog ni tapi sangat tak berpeluang..apapun, kali ni kirana gigih juga nak update entry di sini.
Dah lama juga kirana tak menyentuh soal cinta di sini..oleh itu, hari ni kirana nak berkongsi tentang tolak ansur dalam perhubungan.
Sudah tentu bukan mudah untuk kita dan pasangan untuk bertolak ansur di antara satu sama lain. Namun, ia tidak mustahil. Tolak ansur ni yang memurnikan dan mengharmonikan hubungan yang dibina.
Untuk bertolak ansur, kita perlu menyingkirkan sikap keras hati. Sebabnya sikap keras hati atau degil ni menjadi penghalang untuk kita bertolak ansur.
Seterusnya, kita perlulah bersedia memaafkan kesalahan pasangan kita walaupun bukan dalam kadar yang segera.
Kemudian, kita perlulah ingat akan kewujudan pasangan kita adalah untuk melengkapkan kehidupan. Jadi, tanpa gula tiada la manisnya dan tanpa asam hilanglah masamnya.
Anggaplah bahawa setiap yang terjadi punya sebab dan akibatnya. Sebagai kekasih yang baik, anda perlulah memainkan peranan yang betul pada tempatnya..
Pesanan : jangan dituruti hati yang marah..
Hello world!
1 year ago