Sunday, October 10, 2010

Rupa??
Apa ada dengan rupa paras??
Rupa ialah refleksi pertama orang terhadap kita..Rupa paras yang cantik mahupun tampan mampu menarik perhatian orang lain.
Kadangkala,,rupa paras yang baik itu membuatkan manusia lalai dalam menilai hakikat sebenar bahawa rupa paras hanyalah luaran seseorang yang menjadi kurniaan tuhan.
Sebagai manusia biasa, kita memang tertarik pada perkara yang indah.mungkin itu hakikat alam.
Namun, apa yang lebih penting ialah sikap seseorang itu dalam perhubungan yang dibina.Kita membawa sikap kita ke mana sahaja. Daripada sikap juga, orang tua menilai kita. Bukan rupa semata yang menjadi perhatian orang ramai.
Sukanya orang terhadap kita juga kerana sikap yang kita miliki. Bencinya orang pada kita juga kerana sikap kita.
Hidup ini bukan sekadar berpuas hati dengan pengalaman yang kita miliki, namun pengalaman harus terus dicari kerana setiap hari kita akan mempelajari sesuatu yang baru.

Pesanan kepada pembaca:
Lihatlah diri kita dengan mata hati. Teruskan yang positif dan tinggalkan yang negatif. Nescaya, keikhlasan membuatkan kita disayangi.(kirana kini sedang menimba pengalaman baru di tempat orang.....:-)